'Job Description Template' Telesales Representative

‘Job Description Template’ Telesales Representative

Posted by

Telesales Representative/Wakil Telesales atau juga dikenali sebagai Telemarketer, Call Centre Representative, Telephone Sales Representative adalah individu yang bertanggungjawab untuk menjana jualan melalui panggilan telefon. 

Seorang Telesales Representative akan menghubungi perniagaan atau individu persendirian untuk mendapatkan jualan dengan berpandukan skrip yang telah ditetapkan.

Job description template untuk Telesales Representative ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Telesales Representative untuk membantu menjana jualan untuk syarikat kami. Anda akan bertanggungjawab untuk closing sales deals melalui panggilan telefon dan mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan.

Seorang Telesales Representative perlulah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Anda perlu selesa menyampaikan produk atau servis melalui panggilan telefon serta mendengar aduan dan keraguan daripada pelanggan.

Matlamatnya adalah untuk membantu syarikat berkembang dengan membawa masuk pelanggan dan membangunkan perniagaan.

Tugas seorang Telesales Representative termasuklah:

  • Menghubungi bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada untuk memaklumkan mereka tentang produk atau servis syarikat berpandukan skrip
  • Menjawab soalan tentang produk atau syarikat
  • Bertanyakan soalan untuk memahami keperluan pelanggan dan closing sales
  • Direct prospek kepada sales team apabila diperlukan
  • Memasukkan dan mengemas kini maklumat pelanggan dalam pangkalan data
  • Mengambil dan memproses pesanan dengan cara yang tepat
  • Mengendalikan rungutan/aduan untuk memelihara reputasi syarikat
  • Membantu memenuhi kuota jualan dan memudahkan jualan pada masa hadapan
  • Menyimpan rekod panggilan dan jualan dan catatkan maklumat yang berguna

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman sebagai Telesales Representative/Customer Service atau bidang yang berkaitan
  • Mempunyai rekod yang membuktikan anda berjaya memenuhi kuota jualan – sebaik-baiknya melalui panggilan telefon
  • Mempunyai pengetahuan yang baik tentang program komputer yang berkaitan (cth. perisian CRM) dan sistem telefon
  • Keupayaan untuk belajar tentang produk dan servis dan menerangkan/menjelaskannya kepada prospek
  • Mempunyai pengetahuan bahasa Inggeris yang sangat baik
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang sangat baik
  • Cool-tempered dan mampu menangani rejection
  • Memiliki kemahiran perundingan yang cemerlang dengan keupayaan untuk menyelesaikan isu dan menangani aduan
  • Memiliki Ijazah dalam bidang yang berkaitan adalah satu kelebihan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Telesales Representative?

Purata gaji bulanan untuk Telesales Representative di Malaysia adalah antara RM 2,750 hingga RM 3,500.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Telesales Representative ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *