Penganalisis Kredit atau Credit Analyst adalah individu profesional yang mengumpulkan dan menyemak data kewangan tentang pemohon pinjaman, termasuk tabiat (payment habits) dan sejarah pembayaran, pendapatan dan simpanan serta corak perbelanjaan mereka.
Penganalisis kredit kemudiannya akan menentukan sama ada pinjaman lulus atau ditolak.
Job description template untuk Penganalisis Kredit ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Penganalisis Kredit untuk menentukan kelayakan kredit pelanggan kami. Anda akan menganalisis data kewangan untuk menilai kemungkinan peminjam memenuhi kewajipan kewangan mereka.
Tugas seorang Penganalisis Kredit termasuklah:
- Menilai kelayakan kredit pelanggan sedia ada atau bakal pelanggan
- Memeriksa transaksi kewangan dan sejarah kredit (permohonan, penyata, balance sheets, dokumen undang-undang dll)
- Melengkapkan ratio, trend dan aliran tunai serta create projections
- Menyampaikan perspektif multidimensi mengenai prospek pelaburan dengan cara yang boleh diakses dan bermaklumat
- Tentukan secara mendalam tahap risiko yang terlibat
- Menganalisis data dengan teliti dan menghasilkan laporan yang jelas
- Memantau pinjaman secara rutin untuk compliance
- Mematuhi dasar dan garis panduan kredit
- Memantau kualiti aset portfolio korporat secara berterusan
- Drafkan model maklumat kredit yang meramalkan trends dan patterns
Syarat kelayakan
- Mempunyai pengalaman bekerja sebagai Penganalisis Kredit
- Memiliki kemahiran dalam pakej statistik dan perisian kewangan
- Up-to-date dengan isu undang-undang, pematuhan dan risiko pasaran
- Keupayaan untuk menganalisis aliran tunai, leverage, cagaran dan kekuatan pelanggan
- Memiliki kemahiran komunikasi dan pembentangan yang baik
- Memiliki Ijazah dalam Perniagaan, Statistik atau bidang berkaitan
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Penganalisis Kredit?
Purata gaji bulanan untuk Penganalisis Kredit di Malaysia adalah antara RM3,900 hingga RM6,300
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Penganalisis Kredit ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com