Cara Terbaik Untuk Pecat Pekerja Anda

Cara Terbaik Untuk Pecat Pekerja Anda

Posted by

Memecat atau menamatkan perkhidmatan (dismissal) seseorang pekerja bukanlah satu perkara yang mudah. Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa, pastinya akan sampai satu tahap apabila kemarahan dalam diri tidak boleh dibendung apabila pekerja sering pijak kepala dan mengambil kesempatan.

Disebabkan itu, terdapat beberapa langkah/cara yang perlu diikuti oleh majikan/HR sebelum memecat atau melepaskan pekerja itu pergi. Tidak kira apa jua alasan untuk memecat pekerja anda, proses pemecatan tersebut perlu dilakukan secara profesional agar tidak menyinggung mana-mana pihak.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan enam cara terbaik untuk pecat pekerja anda.

Cara Terbaik Untuk Pecat Pekerja Anda

1. Berkomunikasi secara terbuka dan jujur 

Sekiranya anda mempunyai pekerja yang tidak menunjukkan prestasi yang baik atau tidak mencapai ekspektasi anda, cuba bercakap dan berbincang dahulu dengannya tanpa menyebut apa-apa tentang masalah disiplin atau pemberhentian. 

Dalam sesetengah kes, pekerja mungkin bersetuju dengan pendapat anda dan akan meninggalkan syarikat dengan sendirinya.

2. Tetapkan masa 

Pilih masa dan tarikh yang sesuai untuk berjumpa dengan pekerja anda. Pastikan perjumpaan ini jauh daripada kakitangan yang lain agar mereka tidak berasa malu dengan berita pemberhentian ini. 

3. Buat persediaan terlebih dahulu

Tulis skrip atau point apa yang anda ingin katakan. Nyatakan sebab-sebab yang kukuh kenapa anda memecat mereka sama ada kerana kesalahan yang mereka lakukan berulang kali atau sebagainya. 

Pastikan anda menyatakan bahawa keputusan yang anda lakukan adalah muktamad dan tidak ada kemungkinan untuk anda mengubahnya.

4. Jangan jadikan ia sesuatu yang peribadi

Jangan jadikan pemberhentian pekerja anda salah satu sebab untuk anda menghina mereka. Sekiranya pekerja anda tidak mencapai tahap ekspektasi anda, maklumkan perkara yang sebenar tanpa perlu buat mereka jadi down.

5. Keep it short

Pastikan perjumpaan anda dengan pekerja berlaku dalam tempoh masa yang singkat sahaja – mungkin tidak lebih daripada 10 minit. Sekiranya mereka bertanya soalan, pastikan jawapan anda ringkas sahaja.

Pastikan anda menjelaskan tentang bila pekerja akan dibayar gaji terakhir mereka — anda mesti membayar untuk semua kerja-kerja yang telah dilakukan, walaupun ia tidak berkualiti. 

6. Dapatkan semula barang-barang/keperluan syarikat

Dapatkan semula barang-barang/keperluan syarikat dalam simpanan pekerja anda sebagai contoh, kunci pejabat, laptop, access card dan sebagainya.

Seeloknya untuk tukar semua kata laluan perisian syarikat yang boleh diakses oleh pekerja.

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat para majikan dan perekrut (recruiter) di luar sana.

Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter).


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *