5 Pokok Hiasan Yang Membantu Untuk Tidur Lena

5 Pokok Hiasan Yang Membantu Untuk Tidur Lena

Posted by

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam? Jangan risau! Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lima pokok hiasan (tanaman indoor) yang membantu anda untuk tidur lebih lena.

Kalau anda nak tahu, sesetengah pokok hiasan (tanaman indoor) bukan sahaja membantu menjadikan rumah kelihatan cantik namun ia juga memberi banyak manfaat termasuklah mengurangkan kemurungan, membantu dapatkan tidur yang lebih lena, membantu peredaran udara dalam rumah, membantu memori dan kesihatan mental, mengurangkan kesan cuaca panas dan sebagainya.

1. Peace Lily

5 Pokok Hiasan Yang Membantu Untuk Tidur Lena

Peace Lily atau nama saintifiknya Spathiphyllum adalah antara pokok hiasan yang membantu untuk tidur yang lebih lena. 

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), pokok hiasan ini dipercayai membantu menyerap toksin formaldehid (yang terdapat pada permaidani, cat dan varnis kayu) sekali gus akan meningkatkan kualiti tidur.

Artikel berkaitan: 6 Manfaat Peace Lily

2. Lavender

5 Pokok Hiasan Yang Membantu Untuk Tidur Lena

Pokok hiasan ini terkenal dengan aromanya yang menenangkan. Ciri-ciri relaxing yang terdapat pada pokok hiasan ini membantu individu yang mengalami insomnia, kegelisahan dan masalah-masalah yang berkaitan.

Artikel berkaitan: Khasiat Kesihatan Lavender Yang Mungkin Kita Tidak Tahu

3. Golden Pothos

5 Pokok Hiasan Yang Membantu Untuk Tidur Lena

Golden Pothos adalah salah satu jenis pokok hiasan (tanaman indoor) yang paling popular kerana ia membuang toksin dari udara dan yang paling penting, ia sangat mudah untuk dijaga.

Selain daripada Peace Lily, pokok hiasan ini juga membantu untuk membuang toksin berbahaya dari udara, khususnya karbon monoksida dan formaldehid.

4. Pokok Lidah Mertua (Snake plant)

5 Pokok Hiasan Yang Membantu Untuk Tidur Lena

Pokok ini menyingkirkan bahan-bahan toksik daripada udara termasuklah benzena, formaldehid, trichlorethylene, xilena, dan toluena.

Pokok ini juga menukarkan karbon dioksida kepada oksigen pada waktu malam. Ia juga merupakan antara pokok yang senang dijaga kerana ia tidak perlukan pencahayaan yang banyak dan ia boleh diletakkan di mana-mana sahaja. 

Ia juga boleh hidup tanpa air dalam tempoh yang lama.

5. Spider plant

5 Pokok Hiasan Yang Membantu Untuk Tidur Lena

Spider plant menyerap karbon monoksida dan karbon dioksida di samping dapat mengurangkan rasa panas yang diterima bangunan melalui dinding. Spider plant ini juga sangat efektif dalam menyerap debu simen dan menurunkan suhu ruangan dan lingkungan yang menjadikan tidur lebih lena. 

Artikel berkaitan: Fakta Menarik Tentang Tidur Yang Ramai Tak Tahu

Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *