'Job Description Template' Pengaturcara

‘Job Description Template’ Pengaturcara

Posted by

Pengaturcara atau Programmer adalah individu yang menulis kod untuk program komputer dan aplikasi mudah alih (mobile applications). Mereka juga terlibat dalam menyelenggara, debugging dan menyelesaikan masalah sistem serta perisian untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Job description template untuk Pengaturcara ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pengaturcara yang berbakat untuk mencipta kod yang selamat dan berfungsi. Anda mungkin perlu menyediakan penyelesaian pengekodan untuk aplikasi mudah dan maklumat atau sistem pengendalian.

Calon yang ideal perlu mempunyai semangat untuk membina teknologi dan perisian. Calon juga perlulah seorang yang terperinci dan mempunyai analytical mind. Matlamatnya adalah untuk mereka bentuk dan membina perisian yang inovatif dengan menulis kod yang sempurna.

Tugas seorang Pengaturcara termasuklah:

  • Bekerjasama dengan penganalisis perniagaan (business analyst) dan pembangun (developers) untuk menghasilkan reka bentuk perisian
  • Merumuskan spesifikasi program dan prototaip asas
  • Mengubah reka bentuk dan spesifikasi perisian kepada kod berfungsi tinggi dalam bahasa yang sesuai
  • Mengintegrasikan penyelesaian perisian individu kepada sistem peringkat yang lebih tinggi
  • Menggunakan alatan berasaskan web untuk mencipta advanced SaaS sekiranya diperlukan
  • Menguji kod secara berkala untuk memastikan ia menghasilkan hasil yang diingini dan lakukan debugging apabila perlu
  • Melakukan peningkatan untuk menjadikan perisian dan sistem lebih selamat dan cekap
  • Bekerjasama dengan penulis teknikal (technical writers) untuk membuat dokumentasi untuk sokongan pengguna

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman sebagai Pengaturcara atau jawatan yang berkaitan
  • Keupayaan untuk memprogram dalam bahasa seperti C++, Java (J2EE), XML, Python dll.
  • Mempunyai pengalaman dalam membangunkan aplikasi web menggunakan sekurang-kurangnya satu rangka kerja web yang popular (JSF, Wicket, GWT, Spring MVC)
  • Mempunyai pengetahuan yang tentang pangkalan data hubungan, teknologi SQL dan ORM
  • Seorang yang terperinci
  • Memiliki pemikiran analitikal dan pemikiran kritis
  • Keupayaan yang boleh ditunjukkan untuk menemui dan membetulkan ralat (errors) dalam kod
  • Ijazah dalam Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian (Software Engineering) atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pengaturcara?

Purata gaji bulanan untuk Pengaturcara di Malaysia adalah antara RM3,300 hingga RM5,000

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pengaturcara ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *