'Job Description Template' Juruukur

‘Job Description Template’ Juruukur

Posted by

Juruukur atau Surveyor adalah individu yang bertanggungjawab untuk menganggarkan sempadan harta tanah (property boundaries) dan mengukur ciri tanah untuk projek pembinaan, pembuatan peta, perlombongan dan tujuan undang-undang. Mereka menggunakan peralatan khusus untuk menentukan ukuran tanah dengan tepat dan membuat peta serta laporan hasil tinjauan.

Job description template untuk Juruukur ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Juruukur yang berpengalaman untuk menyertai team kami dan mengawasi kakitangan lapangan bagi memastikan projek kami siap tepat pada masanya. Sebagai Juruukur, anda akan memainkan peranan penting dalam mengira sempadan tanah di pelbagai lokasi dan menghasilkan peta serta laporan hasil tinjauan yang tepat untuk pelanggan/klien kami.

Jawatan ini memerlukan anda untuk mempunyai pengalaman menggunakan instrumen kejuruteraan dan kemahiran dalam sistem GPS dan GIS. Anda juga perlu mempunyai kemahiran matematik dan analitik serta mata yang tajam untuk pengukuran.

Tugas seorang Juruukur termasuklah:

  • Menjalankan tinjauan di tapak tanah (land sites) dan hartanah
  • Periksa rekod dan bukti terdahulu untuk memastikan ketepatan data
  • Melakukan penyelidikan dan reka bentuk untuk proses tinjauan
  • Menggunakan peralatan dan alatan untuk mengukur ciri tanah dengan tepat (cth. longitud, latitud)
  • Membina peta, lakaran dan carta
  • Menyelia dan memberi bimbingan kepada kakitangan 
  • Membeli dan menyelenggara peralatan
  • Melaporkan hasil tinjauan dan bentangkan penemuan kepada pelanggan
  • Bekerjasama dengan jurutera dan arkitek dalam beberapa projek

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman sebagai Juruukur atau dalam jawatan yang serupa
  • Pengetahuan kerja GPS dan GIS
  • Celik teknologi, termasuk kebiasaan dengan perisian CAD
  • Kebolehan dalam matematik dan penyelesaian masalah
  • Seorang yang terperinci
  • Mempunyai kemahiran organisasi dan kepimpinan yang hebat
  • Memiliki Ijazah dalam Kejuruteraan Awam atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Juruukur?

Purata gaji bulanan untuk Jurutera di Malaysia adalah antara RM2,000 hingga RM3,500.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Juruukur ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *