'Job Description Template' Jurulatih Jualan

‘Job Description Template’ Jurulatih Jualan

Posted by

Jurulatih Jualan atau Sales Coach adalah individu yang bertanggungjawab untuk membimbing team sales secara berterusan untuk meningkatkan prestasi mereka. 

Job description template untuk Jurulatih Jualan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Jurulatih Jualan untuk menyelaraskan aktiviti latihan yang akan membantu memaksimumkan prestasi team sales kami.

Tanggungjawab Jurulatih Jualan termasuk membimbing jurujual baharu, mereka bentuk kursus latihan individu dan team serta menyediakan bahan pendidikan. Untuk berjaya dalam jawatan ini, anda perlu mempunyai pemahaman yang baik tentang teknik jualan dan keupayaan untuk memotivasikan pekerja dengan pelbagai kaedah.

Tugas seorang Jurulatih Jualan termasuklah:

  • Bertindak sebagai perunding kepada jurujual dan berikan nasihat berguna untuk menghadapi cabaran berkaitan pekerjaan
  • Melatih jurujual baharu
  • Mengenal pasti keperluan latihan individu dan team
  • Mengembangkan bahan pendidikan, termasuk pembentangan, skrip jualan dan kajian kes
  • Mereka bentuk kursus latihan menggunakan gamifikasi, aktiviti role play dan simulasi kerja
  • Mengumpul maklum balas tentang semua program latihan daripada pelatih, pengurus dan pengajar
  • Menetapkan objektif pembelajaran dan pembangunan tahunan untuk team sales
  • Menilai prestasi pekerja selepas setiap sesi latihan
  • Memantau kos program latihan

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman kerja sebagai Jurulatih Jualan atau jawatan yang serupa
  • Memiliki pengalaman dalam perkhidmatan pelanggan adalah satu kelebihan
  • Memiliki pengalaman praktikal membuat pembentangan (cth. video atau slide)
  • Kemahiran komunikasi yang sangat baik dengan keupayaan untuk memotivasikan orang ramai
  • Kemahiran menyelesaikan masalah
  • Ijazah dalam Pendidikan, Sumber Manusia atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Jurulatih Jualan?

Purata gaji bulanan untuk Jurulatih Jualan di Malaysia adalah RM15,000.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Arkitek Landskap ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *