Rahsia Untuk Berjaya Dalam Latihan Industri

Rahsia Untuk Berjaya Dalam Latihan Industri

Posted by

Latihan industri/praktikal atau internship adalah peluang terbaik untuk mendedahkan para pelajar kepada dunia pekerjaan yang sebenar. Selain itu, kewujudan latihan industri juga adalah untuk memberikan para pelajar pengalaman dan pengetahuan yang tidak boleh dipelajari di dalam kelas.

Malangnya, sesetengah pelajar generasi kini seolah-olah belum bersedia untuk memasuki alam pekerjaan. Mereka seolah-olah masih manja dan belum ‘move on’ dari alam universiti.

Jangan risau! Berikut kami kongsikan enam rahsia agar anda berjaya dalam latihan industri.

1. Berdisiplin

Rahsia Untuk Berjaya Dalam Latihan Industri

Jaga disiplin sepanjang anda menjalani latihan industri. Datang awal ke tempat kerja. Seeloknya datang 15 minit awal sebelum waktu bekerja. 

Jangan datang lewat ke tempat kerja tanpa sebarang sebab. Sekiranya terpaksa untuk datang lewat, maklumkan terlebih dahulu kepada penyelia anda. 

2. Pakai pakaian yang sesuai

Pakai pakaian mengikut kod pakaian yang disediakan (sekiranya ada). Untuk lebih selamat, rujuk dengan majikan atau HR anda terlebih dahulu. Sentiasa pilih pakaian yang selesa dan menampilkan keyakinan diri anda.

3. Bina rangkaian

Rahsia Untuk Berjaya Dalam Latihan Industri

Biasakan diri untuk bina rangkaian dengan seberapa ramai kenalan di tempat kerja. Ambil inisiatif untuk memulakan perbualan dengan rakan sekerja atau memperkenalkan diri kepada pekerja dari jabatan lain. 

Bagi anda yang mempunyai personaliti introvert, latih diri untuk cuba bergaul dengan pekerja lain. Walau bagaimanapun, jaga batas dalam percakapan bagi mengelakkan menyinggung perasaan orang lain.

4. Banyakkan bertanya

Jangan segan silu untuk bertanya kepada pekerja yang lebih berpengalaman. Gunakan tempoh latihan industri ini sebaik mungkin untuk serap setiap ilmu dan kemahiran yang diperlukan dalam dunia pekerjaan yang sebenar. 

5. Bersikap positif

Kekalkan sikap positif sepanjang tempoh latihan industri. Anda mungkin akan diberikan tugasan yang tidak berkaitan dengan minat atau skop kerja anda. Namun, jangan risau kerana ia adalah perkara biasa.

Apa yang paling penting, jangan sesekali merungut atau muat naik status di media sosial tentang ketidakpuasan hati anda! Sebaliknya jadikan ia pembakar semangat untuk terus tingkatkan skil dan prestasi anda.

6. Buat catatan

Rahsia Untuk Berjaya Dalam Latihan Industri

Buat catatan untuk setiap ilmu yang diturunkan agar anda boleh rujuk dan gunakan pada masa akan datang. Mencatat nota dapat memastikan anda tidak terlepas sebarang maklumat penting semasa taklimat dan perbincangan. Ia juga menunjukkan kepada majikan bahawa anda mengambil serius terhadap latihan industri ini dan sekiranya bertuah, anda mungkin berpotensi untuk diserap sebagai pekerja tetap.

Artikel berkaitan: 4 Tips Ubah Status Internship Kepada Kerja Tetap

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *