Duta Jenama atau Brand Ambassador adalah individu professional yang mewakili syarikat dan produk. Duta Jenama boleh dilihat di pelbagai saluran dan platform seperti blog, laman web peribadi dan media sosial untuk mempromosikan jenama pelanggan mereka.
Job description template untuk Duta Jenama ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Duta Jenama untuk menjadi wajah utama syarikat kami dan mempromosikan produk dan servis kami.
Anda akan terlibat dalam meningkatkan kesedaran jenama dan jualan dengan mempromosikan produk kami melalui pelbagai saluran media. Anda akan bekerjasama rapat dengan bahagian jualan dan pemasaran kami untuk mencapai matlamat dan objektif pemasarannya, seperti menyampaikan nilai produk kami kepada pelanggan, menjejaki feedback pelanggan dan mewakili jenama pada pelancaran dan acara.
Untuk berjaya dalam jawatan ini, anda perlu mempunyai kemahiran komunikasi dan networking yang sangat baik, serta aktif di media sosial. Anda juga perlu mempunyai pengetahuan tentang prinsip jualan dan pemasaran.
Tugas seorang Duta Jenama termasuklah:
- Menyiarkan tentang produk/servis kami dalam media sosial
- Create, share dan respons terhadap review dalam talian
- Sertai trade shows sebagai jurucakap syarikat kami
- Membina rangkaian dan bina hubungan dengan bakal pelanggan
- Fahami sepenuhnya produk dan perkhidmatan kami untuk memaklumkan bakal pelanggan
- Gunakan teknik pemasaran dari mulut ke mulut, seperti merujuk syarikat kita kepada rakan
- Pantau komen dalam talian dan balas atau hantar ke bahagian Pemasaran
- Membantu dalam penganjuran acara pemasaran
- Jejaki keutamaan pelanggan dan cadangkan idea pengiklanan dan kedudukan
- Berikan maklum balas kepada jabatan Pemasaran dan Produk mengenai permintaan pelanggan
- Jejaki dan laporkan aktiviti pemasaran pesaing
Syarat kelayakan
- Mempunyai pengalaman kerja sebagai Duta Jenama, Promoter atau jawatan yang berkaitan
- Seorang yang aktif di media sosial
- Mempunyai pengalaman mencipta content secara dalam talian
- Kebiasaan dengan alat penjadualan (scheduling tools) untuk media sosial, seperti Hootsuite dan Buffer
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik
- Seorang yang profesional
- Memiliki personaliti yang peramah, mesra dan keinginan untuk bertemu orang baru
- Pendidikan yang berkaitan
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Duta Jenama?
Purata gaji bulanan untuk Duta Jenama di Malaysia adalah antara RM 3,200 hingga RM 3,600.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Duta Jenama ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com