'Delulu' Yang Melampau Boleh Menyebabkan Gangguan Mental!

‘Delulu’ Yang Melampau Boleh Menyebabkan Gangguan Mental!

Posted by

‘Delulu’ atau delusional atau bahasa mudahnya berkhayal atau berangan adalah membayangkan satu kejadian/peristiwa yang belum terjadi atau membayangkan kembali peristiwa yang telah terjadi pada masa lalu. 

Dalam istilah psikologi, ia juga dipanggil sebagai Maladaptive Daydreaming (MDD) iaitu salah satu masalah psikiatri yang ditemui oleh psikologis klinikal, Professor Eliezer Somer dari Universiti Haifa, Israel. 

MDD adalah sebuah keadaan yang membuat seseorang itu mengelamun secara berlebihan dengan kerap sehingga dapat mengalihkan perhatian dari realiti.

Berbeza dengan lamunan biasa yang cuma berlaku di dalam minda manusia, MDD akan menyebabkan mereka seolah-olah berada di dalam dunia lain.

Perkara ini mungkin dianggap biasa, namun ia sebenarnya akan mengganggu aktiviti-aktiviti harian manusia.

MDD tidak termasuk dalam bahagian Diagnostis and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-V), bermakna MDD tidak ada sebarang rawatan bagi penghidapnya.

Hal ini kerana secara purata, seseorang yang mengalami keadaan ini boleh menghabiskan masa untuk berangan, selama empat jam.

Salah satu punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku adalah kerana ia sebagai salah satu cara untuk mengatasi trauma masa lalu.

Sesetengah orang yang mengalami trauma atau depresi yang melampau akan menggunakan imaginasi mereka untuk melarikan diri atau mengalihkan perhatian daripada dunia realiti.

Simptom Maladaptive Daydreaming (MDD)

Individu yang mengalami MDD akan mengalami simptom-simptom seperti:

  • Lamunan akan terasa amat jelas dan mengasyikkan
  • Gambaran lamunan juga dikatakan kelihatan seperti filem yang mempunyai karakter, latar belakang, serta plot tersendiri
  • Lamunan yang tercetus daripada peristiwa yang mereka lalui
  • Sukar untuk menyelesaikan tugasan harian
  • Sukar tidur pada waktu malam
  • Mempunyai keinginan yang luar biasa untuk terus mengelamun
  • Melakukan sesuatu aksi secara berulang-ulang ketika berangan
  • Membuat atau menzahirkan ekspresi muka ketika berangan
  • Berbisik dan bercakap sendirian ketika berangan
  • Mengelamun dalam satu tempoh yang lama (boleh jadi beberapa minit hingga ke beberapa jam)

Sesetengah individu yang menghidapi MDD juga turut menghidapi gangguan/masalah lain, iaitu:

  • Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
  • Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
  • Depression (kemurungan)

Rawatan Maladaptive Daydreaming (MDD)

MDD sering didiagnosis sebagai skizofrenia, di mana ia adalah salah satu daripada psikosis. Ini kerana individu yang menghidapi skizofrenia tidak boleh memisahkan antara realiti dan fantasi (ketika di luar sedar).

Walau bagaimanapun, Prof. Somer menjelaskan MDD bukanlah sejenis psikosis kerana mereka yang menghidapi MDD masih lagi sedar bahawa lamunan mereka itu bukan realiti.

Tapi, anda tidak perlu risau! Walaupun MDD ini masih belum mempunyai rawatan yang khusus, tetapi masih terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Salah satunya adalah dengan mengenalpasti punca-punca yang boleh mencetuskan lamunan seperti bau atau bunyi.

Dengan cara ini, penghidap MDD dapat mengelakkan diri daripada situasi-situasi tersebut.

Penghidap MDD juga masih boleh melalui rawatan terapi dan ubat-ubatan juga akan diberikan sekiranya keadaan mereka menjadi semakin teruk.

'Delulu' Yang Melampau Boleh Menyebabkan Gangguan Mental!

Kesimpulannya, berangan, mengelamun atau berkhayal mungkin dilihat seperti perkara yang normal.

Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan ini dapat mengganggu aktiviti harian, anda amat disarankan untuk bertemu dengan pakar.

Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.

Artikel berkaitan: Tips Kesihatan Mental: Luangkan Masa untuk Diri Sendiri

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Healthline


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *