Penggunaan internet dan media sosial boleh menjadi satu perkara yang memudahkan dan juga menakutkan.
Dalam era dunia tanpa sempadan ini, segala perkongsian di internet dan media sosial boleh disalah guna dan disalah tafsir oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, anda perlu berhati-hati dengan setiap kandungan yang anda muat naik kerana semua orang mempunyai akses kepadanya.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan antara tujuh kematian menyayat hati yang berpunca daripada media sosial.
* TW: Bacaan ini mengandungi kandungan 18SG (ganas dan horror yang tidak keterlaluan)
1. Rapper di MySpace ‘menghidupkan’ liriknya menjadi kenyataan
Richard Alden Samuel McCroskey (20 tahun) merupakan seorang rapper indie jenis ‘horrorcore’ yang tinggal bersama kakaknya di California. Samuel kemudiannya berkenalan dengan Emma (16 tahun) dan, Melanie (18 tahun) di laman MySpace. Dengan menggunakan nama ‘Syko Sam’, Samuel memuat naik lirik dan lagunya yang menakutkan di platform tersebut. Liriknya adalah:
You’re not the first, just to let you know / I’ve killed many people and I kill them real slow / It’s the best feeling, watching their last breath / Stabbing and stabbing till there’s nothing left
Pada tahun 2009, Samuel memecah masuk ke rumah Emma dan menukul kepala semua penghuni rumah tersebut (termasuk ibu bapa dan rakannya, Melanie) ketika mereka sedang tidur. Samuel kemudiannya dipenjarakan seumur hidup.
2. Hidup wanita ini berakhir selepas menukar status relationship di Facebook menjadi single
Pada tahun 2008, Sarah yang berusia 26 tahun telah menukar status relationship di Facebook daripada ‘married’ kepada ‘single’ selepas berpisah dengan suaminya, Richard (41 tahun).
Richard yang tidak dapat menerima hakikat itu telah mencuri masuk ke rumah ibu bapa Sarah lalu menikam wanita itu dengan pisau semasa dia sedang tidur. Richard dijatuhi hukuman penjara selama 17 tahun.
3. Bunuh kawan sebab poke teman wanita di Facebook
Pada tahun 2014, seorang lelaki bernama Richard Rovetto telah menekan butang ‘poke’ di profil teman wanita rakannya, Scott Humphrey di Facebook. Richard mendakwa bahawa dia tidak tahu wanita tersebut adalah teman wanita Scott.
Scott yang ketika itu sedang marah bertindak membelasah dan menolak kawannya rebah ke tanah sehingga mengakibatkan kecederaan serius di kepala lalu mati. Scott dihukum penjara selama empat tahun.
4. Wanita menghancurkan hati mangsanya dengan hubungan palsu
Natalia Burgess (27 tahun) telah membuat Facebook profil dengan identiti palsu yang memaparkan remaja perempuan cantik. Motifnya adalah untuk memikat remaja lelaki untuk bercinta secara alam maya.
Kemudian Natalia akan menyatakan bahawa ‘identiti palsu’ tersebut terlibat dalam kemalangan tragis atau bunuh diri. Triknya adalah untuk membuatkan para lelaki percaya bahawa mereka sudah menjumpai wanita istimewa sebelum dikejutkan dengan berita sedih dan akhirnya menjadi trauma.
Sekitar 40 orang lelaki dikenal pasti telah menjadi mangsa permainan minda digital Natalia dan salah seorang daripadanya telah mengakhiri hidupnya. Pada tahun 2011, Natalia tertangkap dan dijatuhi hukuman dua tahun dua bulan di dalam penjara.
5. Ikan lumba-lumba/dolfin mati semasa selfie beramai-ramai
Pada tahun 2016, dua ekor ikan lumba-lumba jenis Franciscana (spesies jarang jumpa) berenang di pantai yang penuh dengan orang ramai berhadapan sebuah resort. Kemudian ia ditarik keluar dari laut oleh orang ramai agar mereka dapat selfie bersama ikan lumba-lumba tersebut.
Akhirnya, ikan lumba-lumba tersebut mati akibat dehidrasi akibat tindakan manusia terdesak yang terlalu taksub dengan ‘Likes’ di laman sosial.
6. Wanita kemalangan selepas muat naik emoji smiley face di Facebook
Pada tahun 2014, Courtney Ann Sanford (32 tahun) telah terlibat dalam satu kemalangan maut sejurus selepas memuat naik status yang bertulis, ‘Lagu gembira buat saya GEMBIRA 😊’.
Pihak berkuasa percaya bahawa Courtney mungkin sedang mengambil gambar dan update status di Facebooknya sambil memandu.
7. Remaja 17 tahun bunuh diri akibat siber buli
Pada tahun 2016, seorang pelajar dari West Side High School di Dayton, Idaho bernama Cassandra atau dikenali sebagai ‘Cecci’ telah dibuli di alam siber apabila rakan sekolahnya telah membuat satu laman Facebook bagi menggalakkan dia membuat ‘sesuatu.’
Apabila bapanya pulang dari luar bandar, Cassandra ditemui dalam keadaan tidak bernyawa. Hancur hati bapanya apabila mendapat tahu page tersebut mengandungi grafik yang tidak senonoh tentang anaknya, mengandungi kata-kata kesat dan menggalakkan anaknya pergi mati.
Semoga perkongsian kami ini memberi peringatan dan pengajaran agar kita semua berwaspada dan berhati-hati ketika menggunakan internet dan media sosial kerana kita tidak tahu niat orang terhadap kita.
Artikel berkaitan: Tips Penggunaan Media Sosial Semasa Mencari Kerja
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Sumber: Ranker
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com