Retail HR Manager adalah individu profesional yang menyediakan bimbingan dan sokongan kepada pengurus dan pekerja kedai tentang dasar, prosedur dan amalan terbaik HR. Mereka juga akan uruskan proses pengambilan dan pemilihan, termasuk mendapatkan sumber, menemu duga dan mengambil pekerja baharu.
Job description template untuk Retail HR Manager ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Retail HR Manager yang berbakat untuk menyertai Retail Department kami.
Anda akan bertanggungjawab terutamanya untuk semua aktiviti HR yang berlaku di kedai kami dan meramalkan keperluan pengambilan pekerja.
Anda akan memantau prestasi pekerja dengan kerap. Anda perlulah mahir dengan pelbagai tugasan berkaitan Sumber Manusia (HR).
Jika kemahiran dan pengalaman anda sepadan dengan kriteria yang kami perlukan untuk jawatan ini, sila mohon. Kami tidak sabar ingin bertemu dengan anda.
Tugas seorang Retail HR Manager termasuklah:
- Ambil tahu keperluan pengambilan pekerja, terutamanya pada musim puncak
- Mereka bentuk dan menyiarkan iklan kerja untuk menarik calon yang layak
- Kira dan laporkan kadar pekerja yang berhenti (bulanan, suku tahunan dan tahunan)
- Rancang pakej pampasan dan faedah yang menarik untuk meningkatkan kesetiaan pekerja
- Melatih pekerja baharu
- Jejaki metrik pengambilan utama seperti cost-per-hire dan sumber pengambilan pekerja
- Menguruskan gaji dengan mengambil kira kerja lebih masa, jadual fleksibel dan pekerjaan bermusim
- Latih ketua pasukan tentang teknik penilaian prestasi
- Berhubung dengan kolej/universiti untuk memaklumkan graduan tentang latihan internship
- Menggunakan rangkaian sosial untuk mempamerkan budaya syarikat dan membina jenama majikan yang kukuh
- Mengekalkan rekod pekerja fizikal dan digital
Syarat kelayakan
- Memiliki pengalaman kerja sebagai Pengurus Sumber Manusia (HR), sebaik-baiknya dalam industri peruncitan (retail)
- Mempunyai pengalaman secara langsung dengan mendapatkan dan menilai calon
- Mempunyai pemahaman yang baik tentang perundangan buruh termasuk peraturan tentang jenis-jenis pekerjaan yang fleksibel
- Memiliki pengetahuan tentang sistem gaji dan pangkalan data HR
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan penyelesaian masalah yang sangat baik
- Ijazah dalam Sumber Manusia, Psikologi Organisasi atau bidang yang berkaitan
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Retail HR Manager
Purata gaji bulanan untuk Retail HR Manager di Malaysia adalah antara RM 6,500 hingga RM 9,000.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat
Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Untuk Pengurus Sumber Manusia
Siarkan iklan huraian kerja Retail HR Manager ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com