5 Tanda Anda Seorang Kawan Yang 'Toxic'

5 Tanda Anda Seorang Kawan Yang ‘Toxic’

Posted by

Seorang kawan yang toxic boleh menjejaskan persahabatan yang telah kian lama terjalin. Tetapi mungkin juga sebenarnya diri anda sendiri adalah toxic dan membawa pengaruh buruk dalam kalangan rakan-rakan. Toxic di sini merujuk kepada individu yang negatif, suka menyusahkan dan merugikan orang lain, baik secara fizikal mahupun emosi.

Nak tahu tanda-tanda anda seorang kawan yang toxic? Jom baca artikel ini sampai habis!

1. Suka merendahkan orang lain

5 Tanda Anda Seorang Kawan Yang 'Toxic'

Anda akan sentiasa cemburu dan iri hati dengan kejayaan rakan anda/atau orang lain. Anda juga sering menafikan kejayaan mereka dan membanding-bandingkannya kerana tidak berpuas hati. Anda juga mungkin bertindak menjatuhkan atau merampas kejayaan dan kebahagiaan yang rakan anda kecapi.

2. Ada ketika waktu senang sahaja

Anda sering hilang atau tiada ketika rakan-rakan anda memerlukan anda. Ada kalanya anda akan mengungkit setiap pertolongan yang pernah anda berikan kepada rakan anda dahulu.

3. Suka mengawal dan memanipulasi

Anda suka mengawal, memanipulasi dan mempergunakan orang lain bagi mencapai tujuan anda sendiri. Anda juga cenderung untuk menipu dan menyakiti hati orang lain.

4. Tidak mengaku salah

Kadangkala sudah jelas kesalahannya  berpunca daripada anda tetapi anda susah untuk meminta maaf, sebaliknya menyalahkan orang lain pula. Anda akan bertindak untuk berpura-pura dan cuba mencari simpati serta perhatian.

5. Tiada sikap simpati 

5 Tanda Anda Seorang Kawan Yang 'Toxic'

Tanpa anda sedari, anda memiliki sifat negatif kerana hanya mementingkan diri sendiri dan tidak faham keadaan dan situasi orang lain. Sebagai contoh, rakan anda berkongsi masalah dengan anda, tetapi anda bukannya ingin membantu tetapi sibuk menyalahkan dan menghakimi mereka.

Bacaan lain: 6 Tanda Anda Sedang Stres

Cuba lihat lima tanda-tanda yang kami kongsikan ini, adakah ia ada dalam diri anda? Sekiranya ya, mungkin anda perlu perbaiki diri untuk menjadi seorang rakan yang lebih baik. 

Semoga perkongsian ini memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *