7 Cara Orang Jepun Menguruskan Syarikat

7 Cara Orang Jepun Menguruskan Syarikat

Posted by

Pernahkan anda terfikir, bagaimana masyarakat di Jepun menguruskan syarikat atau organisasi mereka?

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan tujuh cara orang jepun menguruskan syarikat mereka.

1. Gunakan konsep konsensus

Konsensus adalah persetujuan bersama terhadap sesuatu perkara. Di negara Jepun, setiap perkara perlu dibincangkan terlebih dahulu sehingga mendapat persetujuan daripada semua pihak. Selepas itu, barulah keputusan akan dibuat.

2. Buat keputusan merujuk kepada soalan yang telah dikaji

Sebelum membuat keputusan, ia perlu dimulakan dengan mengkaji soalan-soalan terlebih dahulu dan kemudian barulah mencari jawapan kepada soalan tersebut. Syarikat-syarikat di Jepun sangat mementingkan kualiti bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.

3. Ambil tempoh yang singkat untuk membuat keputusan

7 Cara Orang Jepun Menguruskan Syarikat

Negara Jepun tidak memerlukan masa yang lama untuk meyakinkan individu atau sesebuah organisasi untuk sertai syarikat mereka.

4. Soalan untuk dijawab oleh ‘orang yang betul’

Organisasi di Jepun akan mencari siapa orang yang paling pakar dan sesuai untuk menjawab soalan yang telah dikaji. Kebiasaannya, orang tersebut adalah seseorang yang berjawatan tinggi. Walau bagaimanapun, jawapan yang bakal diberikan bukanlah suatu jawapan yang mengejutkan, kerana orang dalam organisasi tersebut sudah dapat jangka jawapan yang diterima. Mereka tidak perlu mengadakan mesyuarat secara kerap.

5. Mengambil kira semua cara yang ada

Organisasi di Jepun sangat berusaha keras untuk memahami sebarang masalah yang dihadapi. Mereka akan fikirkan bagaimana untuk mencipta hasil akhir yang terbaik dalam syarikat. Mereka akan melihat dari sudut sikap yang betul dari orang yang betul.

6. Bertindak dengan lebih cepat dari proses membuat keputusan

Lazimnya, apabila orang Jepun sudah menandatangani perjanjian untuk bekerjasama, mereka ingin mempercepat tarikh untuk kerjasama tersebut kerana mereka tidak suka membuang masa. Perjanjian tersebut perlulah mengambil masa tiga tahun.

7. Fokus pada keputusan

Di negara Jepun, mereka sangat mengambil berat tentang masa kerana masa adalah segala-galanya untuk mereka. Sebagai contoh, jika sesebuah organisasi mengambil masa yang lama untuk membina semula negara akibat tsunami di Fukushima, sudah tentu ia akan memberi kesan kepada negara jika tidak bertindak dengan cepat. 

Contoh lain adalah, apabila syarikat Jepun membuat keputusan untuk sertai venture, semua orang akan bersetuju dan tiada sebarang pertikaian berlaku kerana mereka telah merancang dari awal dan menggunakan konsep konsensus.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan idea untuk menguruskan syarikat anda dengan lebih baik.

Bacaan lain: Realiti Budaya Kerja Orang Jepun

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Vocket


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *