Tak Nak Kulit Cepat Berkedut? Elakkan 4 Makanan Ini

Tak Nak Kulit Cepat Berkedut? Elakkan 4 Makanan Ini

Posted by

Kedutan pada kulit wajah akan menjadi seseorang itu hilang keyakinan diri, terutamanya kepada golongan wanita. Untuk memastikan kulit wajah sentiasa kelihatan muda dan anjal, elakkan pengambilan empat makanan ini!

4 Makanan Yang Perlu Dielakkan Untuk Elak Kulit Wajah Cepat Berkedut

1. Daging proses

Tak Nak Kulit Cepat Berkedut? Elakkan 4 Makanan Ini

Pepperoni dan sosej adalah antara contoh daging proses yang berbahaya untuk kulit manusia kerana ia mempunyai kandungan natrium, sulfur dan lemak yang tinggi.

Gabungan ketiga-tiga bahan ini boleh melemahkan kolagen pada kulit dan menjadikan ia mudah kering pada masa yang sama.

2. Kentang goreng

Kentang goreng atau french fries telah menjadi salah satu makanan wajib semua orang kerana teksturnya yang rangup dan rasa masinnya membuatkan ramai orang ketagih.

Namun sebenarnya, makanan yang digoreng menggunakan minyak bersuhu tinggi ini akan melepaskan radikal bebas yang akan menyebabkan kerosakan sel kulit.

Radikal bebas akan mempercepatkan proses penuaan dengan mempengaruhi molekul DNA dan melemahkan keanjalan kulit. Bukan itu sahaja, garam boleh menghilangkan kelembapan pada kulit dan ia sekali gus membuatkan organ terbesar kita mengalami dehidrasi.

3. Gula

Gula juga boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat yang turut menyumbang kepada kerosakan kolagen. Kolagen ini penting untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan anjal.

4. Marjerin

Tak Nak Kulit Cepat Berkedut? Elakkan 4 Makanan Ini

Menurut kajian, pengambilan marjerin secara berlebihan adalah tidak sihat. Hal ini demikian kerana kandungan minyak dalam marjerin adalah tinggi. Selain itu, asid lemak dalam marjerin juga akan merosakkan kolagen pada kulit.

Semoga perkongsian ini memberi ilmu dan pengetahuan baru buat anda.

Bacaan lain: Berhenti Ambil 7 Makanan Ini Kalau Anda Tak Nak Alami Sakit Kepala

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *