'Job Description Template' Juruukur Tanah

‘Job Description Template’ Juruukur Tanah

Posted by

Juruukur Tanah atau Land Surveyor adalah individu yang bertanggungjawab untuk mengukur dan memetakan (map) bentuk tanah. Mereka mengumpulkan data untuk projek kejuruteraan awam dan pembinaan supaya pelan tapak yang tepat boleh dibuat. Sebagai Juruukur Tanah, anda akan menjadi sebahagian daripada industri yang bergerak pantas dan berteknologi tinggi. Kebanyakan masa anda akan dihabiskan di tapak, menggunakan instrumen teknikal untuk merekodkan persekitaran.

Job description template untuk Juruukur Tanah ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Jabatan pembinaan kami teruja untuk mengumumkan bahawa kami sedang mencari seorang Juruukur Tanah yang berpengalaman.

Sebagai Juruukur Tanah, anda akan bertanggungjawab untuk mengukur tanah dan membuat pengiraan yang diperlukan. Anda juga akan bertanggungjawab untuk menyelaras dengan kakitangan lapangan dan memproses data lapangan. Anda perlu mengesahkan ketepatan data tinjauan yang dijalankan di tapak tinjauan.

Untuk berjaya dalam tanggungjawab ini, anda perlu memegang ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Awam atau Ukur Tanah. Anda perlu memiliki kemahiran mendengar dan komunikasi yang baik. Di samping itu, anda akan dikehendaki bekerja untuk jangka masa yang lama.

Sekiranya anda mempunyai kemahiran analisis yang sangat baik, maka mohon segera. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan anda!

Tugas seorang Juruukur Tanah termasuklah:

  • Membangunkan strategi ukur tanah
  • Menjalankan tinjauan tanah ke atas pelbagai hartanah
  • Membaca dan mentafsir lukisan dan peta topografi
  • Mengukur jarak dan sudut permukaan tanah
  • Menggunakan peralatan ukur tanah yang diperlukan
  • Melukis lakaran kasar tanah
  • Membaca peta dan membuat nota mengikut keperluan
  • Melaporkan perihalan tanah yang sah untuk tinjauan
  • Mengira ukuran tapak tanah
  • Mengesahkan pengiraan dan menganalisis data
  • Menyelenggara peralatan ukur
  • Menyediakan laporan hasil tinjauan
  • Mempersembahkan data kepada pelanggan
  • Memberi nasihat tentang aspek teknikal
  • Menyelidik sempadan undang-undang tapak
  • Bekerjasama dengan ahli pasukan
  • Membimbing pekerja baru apabila diperlukan
  • Mengikuti semua prosedur undang-undang

Syarat kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Awam, Ukur Tanah, atau bidang yang berkaitan
  • Pengalaman kerja sebagai Juruukur Tanah atau jawatan yang berkaitan
  • Lesen juruukur yang sah diperlukan
  • Kemahiran dalam perisian ukur tanah seperti SurveCE, FieldGenius, X-PAD Survey, dll
  • Keupayaan untuk memahami dan mentafsir dokumen bertulis
  • Pemahaman dan pengetahuan fenomenal tentang GPS dan GIS
  • Kebolehan membuat keputusan yang cepat
  • Bijak menguruskan masa
  • Keupayaan untuk memenuhi deadlines
  • Kemahiran organisasi dan interpersonal yang baik
  • Kemahiran matematik dan analisis yang sangat baik
  • Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang cemerlang
  • Keupayaan untuk menerangkan istilah dan penemuan kepada ahli pasukan
  • Keupayaan untuk menyelesaikan masalah yang kompleks
  • Keupayaan untuk bekerja di luar rumah dan mengembara apabila diperlukan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Juruukur Tanah?

Purata gaji bulanan untuk Juruukur Tanah adalah antara RM 3,800 hingga RM 4,500.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Juruukur Tanah ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Ejen Pelancongan

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *