Anda percaya tak sebenarnya alatan yang anda guna hampir setiap hari rupanya dihasilkan oleh rakyat Malaysia sendiri?
Sempena Hari Malaysia yang akan datang 16 September ini, kami kongsikan antara empat ciptaan yang sebenarnya merupakan hasil karya rakyat Malaysia.
1. Mesin penapis air R.O
Ooi Seng Chye merupakan individu yang telah mencipta mesin penapis air yang telah memudahkan ramai orang. Mesin penapis air ini boleh dijumpai di kawasan perumahan dan juga di kawasan kolej atau universiti.
Proses reverse osmosis ini dijual dengan harga yang sangat rendah iaitu sekitar 10 sen untuk 1 liter.
2. Pendrive
Alat yang pernah popular dan penting suatu ketika dahulu telah dicipta oleh Phua Khein Seng pada tahun 2000.
Hampir satu dunia menggunakan alat ini kerana ia memudahkan penyimpanan data dan ia boleh didapati dengan harga yang sangat murah.
3. Alat merebus telur automatik (automatic egg boiler)
Seorang operator jentolak, Datuk Hew Ah Kow telah berjaya mencipta alatan yang sangat berguna kepada orang ramai. Cara penggunaan yang mudah dan tidak menggunakan elektrik merupakan satu inovatif yang sangat menarik.
4. Dinding Nehemiah
Di kebanyakan flyover di negara ini menggunakan konsep atau reka bentuk yang sama bagi dindingnya. Dinding yang berbentuk heksagon dan seperti honeycomb ini merupakan hasil ciptaan Dr. Nehemiah Lee.
Beberapa buah negara lain juga turut menggunakan konsep dinding Nehemiah ini termasuklah Singapura, Hong Kong dan Australia.
Semoga perkongsian ini memberi ilmu dan pengetahuan buat baru buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com