‘Job Description Template’ Juruteknik Rangkaian

‘Job Description Template’ Juruteknik Rangkaian

Posted by

Juruteknik Rangkaian atau Network Technician adalah individu yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pelaksanaan, penyelenggaraan dan pembaikan rangkaian komputer. Mereka menyediakan sambungan internet dalam persekitaran yang berbeza dan menyambungkannya dengan kabel fizikal atau frekuensi wireless, mewujudkan kekuatan isyarat yang mencukupi di seluruh lokasi untuk kegunaan pelanggan.

Job description template untuk Juruteknik Rangkaian ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Juruteknik Rangkaian yang mahir untuk menjalankan tugas pembangunan dan penyelenggaraan rangkaian. Anda akan bertanggungjawab untuk mereka bentuk rangkaian dengan cara mengoptimumkan prestasinya.

Calon yang ideal adalah individu yang cekap dan mempunyai minat yang mendalam terhadap teknologi. 

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Juruteknik Rangkaian termasuklah:

  • Mereka bentuk dan memasang rangkaian komputer, sambungan dan kabel yang berfungsi dengan baik
  • Lakukan penyelesaian masalah kepada kegagalan sistem dan kenal pasti kesesakan untuk memastikan kecekapan rangkaian jangka panjang
  • Periksa infrastruktur LAN dan betulkan masalah/bugs kecil atau besar
  • Menguji dan mengkonfigurasi perisian serta menyelenggara dan membaiki perkakasan dan peranti persisian
  • Nilai prestasi rangkaian dan cari cara penambahbaikan
  • Atur dan jadualkan naik taraf dan penyelenggaraan tanpa menghalang orang lain daripada menyiapkan kerja mereka sendiri
  • Lakukan data backups untuk melindungi maklumat organisasi
  • Menyediakan arahan teknikal kepada rakan sekerja mengenai penggunaan komputer dan rangkaian serta menawarkan nasihat dan arahan yang komprehensif

Syarat kelayakan

  • Pengalaman sebagai Juruteknik Rangkaian atau jawatan yang berkaitan
  • Kemahiran diagnostik, penyelesaian masalah dan analisis yang cemerlang
  • Kemahiran komunikasi yang baik
  • Pengetahuan yang baik tentang rangkaian LAN/WAN, protokol TCP/IP dan teknologi rangkaian
  • Pengalaman praktikal dengan perisian dan perkakasan biasa
  • Ijazah Sarjana Muda dalam sains komputer, kejuruteraan komputer atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Juruteknik Rangkaian?

Purata gaji bulanan untuk Juruteknik Rangkaian adalah antara RM 2,750 hingga RM 7,700.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Juruteknik Rangkaian ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *