‘Job Description Template’ Pembangun iOS

‘Job Description Template’ Pembangun iOS

Posted by

Pembangun iOS atau iOS Developer adalah individu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan membina aplikasi untuk peranti mudah alih yang menjalankan perisian pengendalian iOS Apple. Mereka bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan mengekodkan aplikasi asas, memastikan kualiti aplikasi, membetulkan pepijat (bugs) aplikasi, mengekalkan kod dan melaksanakan kemas kini aplikasi.

Job description template untuk Pembangun iOS ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pembangun iOS yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang teknologi mudah alih. Anda kan bekerjasama dengan pasukan pembangun kami yang lain untuk mereka bentuk dan membina aplikasi mudah alih kami yang seterusnya.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Pembangun iOS termasuklah:

  • Reka dan bina aplikasi lanjutan untuk platform iOS
  • Bekerjasama dengan cross functional team untuk menentukan, mereka bentuk dan menghantar ciri baharu
  • Kod ujian unit untuk keteguhan, termasuk edge cases, kebolehgunaan dan kebolehpercayaan umum
  • Bekerja pada pembetulan pepijat (bugs) dan meningkatkan prestasi aplikasi
  • Menemui, menilai dan melaksanakan teknologi baharu secara berterusan untuk memaksimumkan kecekapan pembangunan

Syarat kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer, Kejuruteraan atau subjek berkaitan
  • Pengalaman kerja dalam pembangunan perisian
  • Pengalaman bekerja dalam Pembangunan iOS
  • Telah menerbitkan satu atau lebih apl iOS dalam gedung aplikasi
  • Mahir dengan Objective-C dan Cocoa Touch
  • Pengalaman bekerja dengan rangka kerja iOS seperti Core Data, Core Animation, Core Graphic dan Core Text
  • Mahir dengan libraries dan API pihak ketiga
  • Pengetahuan kerja tentang landskap mudah alih umum, seni bina, arah aliran dan teknologi baru muncul
  • Pemahaman tentang kitaran hayat pembangunan mudah alih

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pembangun iOS?

Purata gaji bulanan untuk Pembangun iOS adalah antara RM 6,250 hingga RM 8,750.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pembangun iOS ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *