Pengurus Jenama atau Brand Manager adalah individu yang bertanggungjawab untuk penciptaan dan pelaksanaan aktiviti pemasaran dan komunikasi untuk jenama. Pengurus Jenama boleh menguruskan portfolio produk yang mana mereka akan membina brand awareness dan meningkatkan bahagian pasaran.
Job description template untuk Pengurus Kandungan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Pengurus Jenama yang berpengalaman untuk membangun dan melaksanakan aktiviti pemasaran yang meningkatkan nilai jenama, kesedaran dan bahagian pasaran. Sebagai Pengurus Jenama anda akan bekerjasama rapat dengan pasukan yang berbeza untuk mencipta dan melaksanakan inisiatif pemasaran serta meningkatkan jualan. Anda juga akan ditugaskan untuk membangunkan belanjawan, meramalkan angka jualan dan menilai KPI dan ROI.
Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.
Tugas seorang Pengurus Jenama termasuklah:
- Menganalisis kedudukan jenama dan insight pengguna
- Membentuk dan menyampaikan visi dan misi syarikat
- Pimpin pembangunan kreatif untuk memotivasikan target audiens untuk “mengambil tindakan”
- Ukur dan laporkan prestasi semua kempen pemasaran, dan nilai ROI dan KPI
- Pantau market trends, selidik pasaran pengguna dan aktiviti pesaing
- Mengawasi aktiviti pemasaran dan pengiklanan yang baharu dan berterusan
- Pantau pengedaran produk dan reaksi pengguna
- Merangka strategi pertumbuhan yang inovatif
- Selaraskan syarikat mengikut hala tuju
Syarat kelayakan
- Pengalaman kerja sebagai Pengurus Jenama
- Keupayaan untuk membangunkan strategi jenama dan pemasaran serta menyampaikan cadangan kepada eksekutif
- Pengalaman dalam mengenal pasti target audience dan merangka kempen yang berkesan
- Pemahaman yang sangat baik tentang campuran pemasaran penuh
- Kemahiran analisis yang kuat bekerjasama dengan minda kreatif
- Pemikiran dipacu data dan pertalian untuk nombor
- Kemahiran komunikasi yang cemerlang
- Kemas kini dengan aliran terkini dan amalan terbaik pemasaran
- Ijazah dalam pemasaran atau bidang berkaitan
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Pengurus Jenama?
Purata gaji bulanan untuk Pengurus Jenama adalah antara RM 6,000 hingga RM 10,000.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Pengurus Jenama ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Pengurus Kandungan
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com