Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Sukakan Kerjaya Kesihatan Mental

Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Sukakan Kerjaya Kesihatan Mental

Posted by

Kerjaya dalam bidang kesihatan mental adalah sebuah profesion yang sangat bermanfaat dan membantu membuat perubahan ketara dalam komuniti. 

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan antara lima kerjaya dalam bidang kesihatan mental bagi anda yang berminat untuk menceburi bidang ini.

1. Kaunseling

Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Sukakan Kerjaya Kesihatan Mental

Kaunseling adalah bidang kerjaya yang merangkumi subkategori yang berbeza. Kaunselor membantu pesakit meningkatkan kemahiran bertahan (coping skills), menguatkan keyakinan diri dan mengamalkan tingkah laku positif.

Kaunselor akan menawarkan penyelesaian untuk meningkatkan kesihatan mental seseorang. Kaunselor berkhidmat di pelbagai lokasi bergantung kepada kepakaran mereka termasuk di sekolah, pusat pemulihan, pusat kerjaya, organisasi, klinik swasta dan sebagainya.

2. Psikologi

Psikologi digunakan untuk mengkaji kesan tingkah laku dan biologi gangguan mental. 

Pakar psikologi mempunyai kepakaran dalam bidang berbeza seperti psikologi tingkah laku, psikologi kognitif, psikologi klinikal, psikologi perkembangan dan psikologi abnormal. Pakar psikologi menerima latihan untuk menyediakan rawatan melalui model terapi yang berbeza.

3. Psikiatri

Psikiatri adalah bidang perubatan yang dikhaskan untuk kajian, diagnosis dan rawatan penyakit mental. Mereka yang bekerja dalam bidang psikiatri akan membantu merawat emosi, tingkah laku dan kognisi melalui proses perubatan. 

Lazimnya, pakar psikiatri menjalankan pemeriksaan psikologi dan fizikal untuk mendiagnosis pesakit, mengesyorkan rawatan gabungan ubat serta terapi psikiatri.

4. Pekerja sosial

Pekerja sosial akan membantu merawat pelanggan dengan meningkatkan keupayaan mereka untuk fungsi sosial. Rawatan ini dilakukan dengan memberi perhatian kepada teori psikologi, kesihatan, ekonomi, sosiologi, undang-undang dan sebagainya.

Pekerja sosial bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup individu dan keluarga melalui usaha berasaskan komuniti, pengurusan sumber dan sokongan terapeutik. 

5. Kejururawatan

Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Sukakan Kerjaya Kesihatan Mental

Bidang kejururawatan menawarkan sokongan penting pesakit dan penyedia penjagaan kesihatan lain.

Jururawat bebas memilih mana-mana bidang termasuk kesihatan mental untuk membantu menggalakkan dan menyokong kesejahteraan, pemulihan dan keupayaan untuk menghadapi tekanan dan cabaran kesihatan mental. 

Jururawat kesihatan mental boleh berkhidmat dalam subkepakaran seperti merawat mereka yang mengalami gangguan mental, gangguan makan, ketagihan dan banyak lagi.

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat anda yang sedang mencari kerja.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *