Banyak ciptaan produk dan alatan yang ‘mesra alam’ telah dihasilkan. Produk dan alatan sebegini selalunya ditakrif sebagai produk hijau, iaitu mempunyai impak alam sekitar yang rendah berbanding produk sedia ada.
Walau bagaimanapun, sesetengah daripadanya memberikan kesan yang sebaliknya terhadap alam sekitar. Berikut kami kongsikan antara enam produk mesra alam yang sebenarnya merosakkan alam sekitar.
1. Kereta elektrik
Menurut sumber, penghasilan bateri kereta elektrik melepaskan jumlah karbon dioksida yang sangat tinggi.
Sebagai contoh, kereta elektrik Nissan Leaf mempunyai bateri 30 kilowatt jam dan bateri Tesla Model S adalah sekitar 100 kilowatt jam. Penghasilan sebuah bateri menghasilkan sekitar 150 hingga 200 kilogram CO2 bagi setiap kilowatt jam.
2. Lampin pakai basuh
Menurut kajian daripada Agensi Alam Sekitar, impak keseluruhan terhadap pemanasan global dianggarkan adalah lebih tinggi bagi lampin yang boleh dibasuh berbanding dengan lampin pakai buang.
Ia adalah disebabkan oleh penggunaan kuasa dan air untuk membasuh lampin tersebut menggunakan mesin basuh.
Kajian menyatakan bahawa lampin yang boleh dibasuh hanya akan mempunyai kesan karbon yang lebih rendah jika dicuci menggunakan mesin basuh yang cekap tenaga.
3. Pengering udara
Pengering udara yang sering dilihat di tandas-tandas awam ini sebenarnya adalah satu pembaziran.
Pengering ini menggunakan kuasa elektrik yang tinggi dan sebenarnya ia tidak terlalu berkesan untuk mengeringkan tangan anda. Jadi, anda perlu menggunakannya untuk tempoh yang agak lama.
Dengan kuasa yang diperlukan untuk mengeringkan tangan anda, menggunakan tisu kertas adalah pilihan yang lebih tepat. Tisu kertas mampu memberikan kekeringan tangan sebanyak 90 peratus dalam tempoh sepuluh saat, manakala 40 saat diperlukan oleh pengering udara untuk tujuan ini pada tahap yang sama.
Walaupun terdapat teknologi yang lebih baharu untuk pengering tangan udara sejuk atau tekanan tinggi, harganya adalah lebih mahal yang menjadikannya jarang dilihat di tempat-tempat awam.
4. Buluh (untuk fabrik)
Penggunaan buluh dalam penghasilan fabrik telah mendapat permintaan yang tinggi kerana pemasaran yang ‘mesra alam’. Kilang-kilang buluh tumbuh dengan pesat dan tidak memerlukan baja atau racun perosak, jadi ia merupakan sumber tumbuhan yang boleh diperbaharui.
Namun, kebanyakan orang tidak menyedari bahawa proses untuk menukar buluh menjadi kain menggunakan banyak bahan kimia yang kuat.
Bagi kapas, ia hanya memerlukan penyingkiran biji dan pengeringan lalu ditukarkan menjadi benang. Tetapi buluh perlu dihancurkan, dimasak dalam sulingan (natrium hidroksida) menjadi larutan pekat, dan akhirnya menjadi benang.
Ia kemudiannya dicelupkan dalam asid sebelum dijadikan benang. Terdapat juga proses pemutihan dalam penghasilan benang menggunakan buluh. Penggunaan bahan kimia sifat mesra alam dalam proses ini dipertikaikan.
Walaupun sesetengah syarikat mengambil langkah keselamatan untuk mengawal penggunaan bahan kimia (yang kuat) dalam pembuatan, kebanyakan pakaian daripada buluh diproses di China, di mana mereka tidak mempunyai undang-undang sedemikan untuk melindungi alam sekitar daripada bahan kimia ini.
5. Panel solar
Panel solar bukanlah mesra alam seperti yang kita sangkakan. Penghasilan panel solar memerlukan bahan kimia yang menghakis seperti natrium hidroksida dan asid hidrofluorik, serta penggunaan kuasa elektrik yang tinggi dan juga air.
Ia juga menghasilkan bahan buangan yang sangat berbahaya. Selain itu, panel solar menggunakan banyak logam lengkap (seperti tellurium dan indium), dan apabila ia tidak lagi sesuai digunakan, tidak ada proses yang tersedia untuk mengitar semula.
6. Etanol berasaskan jagung
Menurut kajian dari Universiti Nebraska, mereka mencadangkan bahawa menukarkan sisa tanaman jagung kepada etanol dan biofuel lain boleh menghasilkan lebih banyak gas rumah hijau berbanding petrol. Malah, proses menanam jagung juga memerlukan lebih banyak baja dan racun perosak daripada tanaman lain.
Alternatif lain yang boleh diperbaharui untuk bahan api fosil adalah dengan menggunakan biodiesel daripada kacang soya.
Menanam kacang soya memerlukan baja dan racun perosak yang jauh lebih rendah berbanding jagung dan juga menghasilkan lebih banyak tenaga, iaitu hampir empat kali ganda daripada etanol berasaskan jagung.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan pengetahuan baru buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com