Jurumesin atau Machinist adalah individu yang bertanggungjawab untuk mengendalikan alatan mesin dan peralatan untuk membina atau membaiki alatan ketepatan menggunakan lukisan teknikal dan arahan.
Job description template untuk Jurumesin ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Jurumesin yang mahir untuk membina dan menyelenggara alatan mesin dan mesin industri. Jurumesin juga akan bertanggungjawab untuk mengikuti lukisan teknikal dan menggunakan pengetahuan matematik untuk menghasilkan bahagian ketepatan.
Untuk berjaya sebagai Jurumesin, anda mesti mempunyai koordinasi dan pengetahuan mekanik yang sangat baik.
Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.
Tugas seorang Jurumesin termasuklah:
- Menyemak sampel, lukisan atau arahan untuk memahami spesifikasi output
- Merancang urutan tindakan yang diperlukan untuk menyiapkan kerja
- Mengambil ukuran dan tandakan bahan untuk memotong atau membentuk
- Pilih mesin yang sesuai (cth. mesin pelarik) dan letakkan atau muatkan bahan untuk sesuatu kerja
- Tentukan dan saiz kelompok, kelajuan mesin dsb
- Memantau mesin semasa bekerja
- Memeriksa output untuk memastikan konsistensi
- Simpan rekod unit atau produk akhir yang diluluskan atau rosak
- Lakukan rutin penyelenggaraan mesin dan membaiki kerosakan kecil
Syarat kelayakan
- Pengalaman sebagai Jurumesin
- Pengalaman dalam menggunakan dan/atau pengaturcaraan manual, alat dan mesin separa automatik atau automatik (lathes, grinders dsb.)
- Keupayaan untuk menggunakan alat ketepatan (cth. calipers) untuk mengambil ukuran yang tepat
- Pengetahuan tentang sifat logam dan bahan lain
- Keupayaan untuk membaca blueprints, schematics dan manual
- Pandai dalam matematik dengan kebolehan analitikal
- Mempunyai stamina fizikal dan kekuatan untuk mengangkat barang berat
- Pendidikan yang berkaitan
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Jurumesin?
Purata gaji bulanan untuk Jurumesin adalah antara RM 2,400 hingga RM3,800.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Jurumesin ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com