7 Haiwan Paling Lambat Di Dunia

7 Haiwan Paling Lambat Di Dunia

Posted by

Selain kura-kura, terdapat beberapa haiwan lain yang sinonim dengan gelaran ‘lambat’ atau ‘malas’. 

Berikut kami kongsikan tujuh haiwan paling lambat di dunia.

1. Tapak sulaiman

7 Haiwan Paling Lambat Di Dunia

Tapak sulaiman bergerak dengan kelajuan 15.2 sentimeter seminit. Ia bergerak menggunakan kaki tiubnya dan bergerak dalam corak dua hala apabila ia berasa terancam.

2. Siput 

7 Haiwan Paling Lambat Di Dunia

Siput taman atau lebih dikenali dengan gelaran siput babi bergerak dalam bentuk gelombang dengan kelajuan pergerakan 1.3 sentimeter sesaat atau 0.046 kilometer sejam.

3. Kuda laut

7 Haiwan Paling Lambat Di Dunia

Kuda laut dianggap antara haiwan paling perlahan dengan kelajuan 1.5 meter sejam. Kuda laut kurang berkemampuan untuk berenang seperti ikan kerana tidak mempunyai sirip ekor.

4. Sloth tiga jari

7 Haiwan Paling Lambat Di Dunia

Haiwan yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah ini dianggap sebagai haiwan yang paling perlahan di dunia dan sering digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang memiliki sifat malas. Sloth mampu bergerak pada kelajuan 0.24 kilometer sejam.

5. Kura-kura Galápagos gergasi

7 Haiwan Paling Lambat Di Dunia

Kura-kura Galápagos merupakan kura-kura terbesar di dunia. Ia mampu mencecah seberat 417 kilogram dan ini menyebabkan mengapa ia adalah haiwan yang paling perlahan. Haiwan gergasi ini hanya mampu bergerak pada kelajuan 0.3 kilometer sejam.

6. Lintah pisang

7 Haiwan Paling Lambat Di Dunia

Ia dikenali sebagai lintah pisang kerana bentuh badan dan warnanya menyerupai pisang yang masak dengan warna kuning terang. Lintah pisang ini mampu membesar mencecah 25 sentimeter panjang yang mana ia dianggap sebagai lintah daratan kedua terbesar di dunia. 

Ia hanya mampu bergerak sekitar 7 hingga 10 sentimeter seminit. 

7. Beruang koala

7 Haiwan Paling Lambat Di Dunia

Beruang adalah spesies haiwan yang sememangnya bergerak perlahan. Namun beruang koala adalah yang paling perlahan antara semua spesies beruang di dunia. 

Kelajuan maksimum yang dicatatkan oleh beruang koala adalah 10 kilometer sejam. Secara semula jadinya, beruang koala sangat malas di mana ia hanya akan duduk tidur selama lebih daripada 20 jam sehari. Ia juga menghabiskan sepanjang hidupnya di atas pokok. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan pengetahuan baru buat anda.

Bacaan lain: Fakta Menarik Tentang Cicak Yang Ramai Tak Tahu

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *