Pembantu Operasi atau Operation Assistant adalah individu yang bekerjasama dengan pengurus dan kakitangan lain untuk memastikan tugas pentadbiran selesai dan perniagaan berfungsi dengan cekap. Bergantung pada industri, pembantu Operasi boleh membuat panggilan telefon, menyediakan sokongan pelanggan dan menyelesaikan kertas kerja.
Job description template untuk Pembantu Operasi ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Pembantu Operasi untuk menyertai pasukan kami untuk membantu ketua dan kakitangan kami menyelesaikan tugas pentadbiran seperti yang diminta.
Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.
Tugas seorang Pembantu Operasi termasuklah:
- Menjawab soalan kakitangan dan pihak berkepentingan lain dengan segera
- Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan mengekalkan hubungan dengan vendor
- Menyediakan dan memfailkan borang dan dokumen lain
- Membantu proses pengambilan dan penerimaan
- Mengambil inventori dan pesan bekalan pejabat mengikut keperluan
- Mengemas kini log dan borang pesanan
- Menganalisis semua operasi dan mengemukakan cadangan untuk penambahbaikan kepada Pengurus
Syarat kelayakan
- Pengalaman kerja sebagai Pembantu Operasi atau peranan yang berkaitan
- Kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang sangat baik
- Kebolehan organisasi yang luar biasa
- Kemahiran interpersonal yang cemerlang
- Pendidikan yang berkaitan sebagai Pembantu Operasi
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Pembantu Operasi?
Purata gaji bulanan untuk Pembantu Operasi adalah antara RM 2,100 hingga RM 3,000.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Pembantu Operasi ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Pembantu Gudang
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com