Inginkan Hidup Lebih Gembira? Amalkan 4 Sikap Ini

Inginkan Hidup Lebih Gembira? Amalkan 4 Sikap Ini

Posted by

Memiliki kehidupan yang gembira adalah impian semua orang. Namun, sesetengah individu sukar untuk hidup gembira kerana sering tersekat dalam kesedihan yang melampau akibat daripada masalah-masalah yang berlaku dalam kehidupan mereka. 

Menurut pakar psikologi, terdapat empat sikap yang anda boleh amalkan untuk hidup yang lebih gembira. 

1. Sikap menghargai diri (the attitude of self-reward)

Inginkan Hidup Lebih Gembira? Amalkan 4 Sikap Ini

Dengan menghargai diri sendiri, anda mampu meningkatkan rasa kegembiraan dalam hidup anda. Kalau bukan anda yang menghargai diri sendiri, siapa lagi? Self- reward bukan hanya sebuah cara untuk menghargai diri sendiri, tetapi juga sebagai bentuk bahawa anda menghargai hidup dan diri anda sendiri. Tak ada orang lain yang akan menghargai dan menyayangi diri anda melainkan diri sendiri.

2. Sikap menghargai orang lain

Selain menghargai diri sendiri, anda juga perlu amalkan sikap menghargai orang lain. Dengan sikap suka menghargai orang lain dan perkara-perkara di sekeliling anda, ia juga sedikit sebanyak akan menjadikan hidup anda lebih gembira. 

3. Sikap perhubungan (the attitude of connection)

Menurut kajian, manusia akan merasa paling baik apabila anda meluangkan masa pada tiga jenis hubungan iaitu transenden (transcendent), kolektif (collective) dan hubungan intim (intimate).

  • Transenden adalah hubungan yang membantu anda rasa terhubung dengan sesuatu yang lebih besar dan hebat – sebagai contoh, Tuhan, moral, alam dan keseluruhan manusia.
  • Kolektif adalah hubungan yang terhasil daripada pelaburan emosi kepada sesuatu kumpulan di mana kebimbangan peribadi adalah perkara kedua yang terpenting. Hubungan ini akan memberi rasa kekitaan dan membentuk identiti sosial anda.
  • Intim adalah hubungan yang paling banyak anda berhubung secara peribadi antaranya hubungan dengan kawan baik, kekasih dan ahli keluarga. Hubungan ini akan berfungsi dengan baik apabila ia dapat menawarkan kasih sayang dan rasa selamat tanpa syarat kepada setiap ahlinya.

Seseorang yang memiliki sikap mementingkan perhubungan ini akan sentiasa mencari jalan untuk rasa terhubung dalam ketiga-tiga aspek ini kerana mereka memahami bahawa rasa terhubung memainkan peranan penting dalam memastikan kegembiraan diri manusia.

4. Sikap penambahbaikan (the attitude of improvement)

Inginkan Hidup Lebih Gembira? Amalkan 4 Sikap Ini

Sikap keempat yang perlu ada untuk buat anda rasa gembira adalah sikap penambahbaikan. Individu yang mengamalkan sikap ini sering memberikan yang terbaik tidak kira apa yang berlaku.

Tipsnya adalah untuk fokuskan bagaimana anda ingin tambah baik sesuatu perkara itu. Fokuskan bagaimana ingin selesaikan masalah daripada cuba menuding jari mencari siapa yang perlu dipersalahkan.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda untuk hidup lebih gembira.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *