‘Job Description Template’ Pakar Pediatrik

‘Job Description Template’ Pakar Pediatrik

Posted by

Pakar Pediatrik atau Pediatrician adalah individu yang bertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak sejak mereka dilahirkan, termasuk kesihatan, pertumbuhan serta kesejahteraan umum mereka, selain memberikan inokulasi dan vaksinasi yang diperlukan.

Job description template untuk Pakar Pediatrik ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pakar Pediatrik yang berdedikasi yang akan bertanggungjawab ke atas penjagaan perubatan kanak-kanak dari peringkat bayi hingga remaja. 

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Pakar Pediatrik termasuklah:

  • Menyimpan rekod pesakit
  • Mewujudkan pelan rawatan
  • Menyediakan rujukan kepada pakar
  • Menjalankan pemeriksaan perubatan
  • Mendiagnosis dan merawat penyakit dan kecederaan
  • Berkomunikasi dengan pesakit dan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak
  • Membimbing pesakit dan penjaga tentang pencegahan penyakit dan kecederaan serta menggalakkan amalan kesihatan sepanjang hayat

Syarat kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda dalam Doktor Perubatan dengan pengkhususan dalam Pediatrik
  • 2 tahun pengalaman kerja sebagai Pakar Pediatrik atau peranan yang berkaitan dalam Penjagaan Kesihatan.
  • Mempunyai pengetahuan baik tentang teknik dan prinsip rawatan dan pemulihan
  • Mempunyai pengetahuan cemerlang tentang ubat-ubatan yang sesuai untuk kanak-kanak/bayi dan kesan sampingannya
  • Mempunyai kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang baik.
  • Seorang yang terperinci
  • Boleh menyelesaikan masalah
  • Bersifat penyayang apabila bekerja dengan kanak-kanak dan keluarga mereka

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pakar Pediatrik?

Seorang Pakar Pediatrik peringkat permulaan (1-3 tahun pengalaman) memperoleh purata gaji RM 191,077. Manakala, seorang pakar pediatrik peringkat senior (berpengalaman lebih 8 tahun) memperoleh gaji purata RM 366,039.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pakar Pediatrik ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *