‘Job Description Template’ Pembangun Full Stack

‘Job Description Template’ Pembangun Full Stack

Posted by

Pembangun Full Stack atau Full Stack Developer adalah individu yang mahir dalam pengekodan bahagian hadapan dan belakang (front and back end coding). Tanggungjawab utama mereka termasuk mereka bentuk interaksi pengguna di laman web, membangunkan server dan pangkalan data untuk kefungsian laman web dan pengekodan untuk platform mudah alih.

Job description template untuk Pembangun Full Stack ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pembangun Full Stack yang berkemahiran tinggi yang selesa dengan front and back end programming. Pembangun Full Stack bertanggungjawab untuk membangun dan mereka bentuk seni bina web bahagian hadapan, memastikan aplikasi menunjukkan respons, dan bekerja bersama pereka grafik untuk ciri reka bentuk web.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Pembangun Full Stack termasuklah:

  • Membangunkan front end website architecture
  • Mereka bentuk interaksi pengguna (user interaction) pada laman web
  • Membangunkan aplikasi laman web back-end.
  • Mencipta server dan pangkalan data untuk kefungsian
  • Memastikan pengoptimuman merentas platform untuk telefon mudah alih
  • Memastikan aplikasi menunjukkan respons
  • Bekerjasama dengan pereka grafik untuk ciri reka bentuk web
  • Mereka bentuk dan membangunkan API
  • Memenuhi kedua-dua keperluan teknikal dan pengguna
  • Sentiasa mengikuti perkembangan dalam aplikasi web dan bahasa pengaturcaraan

Syarat kelayakan

  • Ijazah dalam sains komputer
  • Kemahiran pengurusan organisasi dan projek yang baik
  • Mahir dengan front end languages seperti HTML, CSS dan JavaScript
  • Mahir dengan rangka kerja JavaScript 
  • Mahir dengan server-side languages seperti Python, Ruby, Java, PHP dan .Net.
  • Mahir dengan teknologi pangkalan data 
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan lisan yang baik
  • Kemahiran menyelesaikan masalah 
  • Seorang yang terperinci

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pembangun Full Stack?

Purata gaji bulanan untuk Pembangun Full Stack adalah antara RM 5,150 hingga RM 7,650.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pembangun Full Stack ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *