5 Rahsia Untuk Berjaya Dalam Sesi ‘Interview’ Melalui Panggilan Telefon

5 Rahsia Untuk Berjaya Dalam Sesi ‘Interview’ Melalui Panggilan Telefon

Posted by

Sesi temu duga atau sesi interview melalui panggilan telefon diadakan adalah untuk menentukan adakah anda layak dan sesuai atau tidak dengan kriteria pekerjaan yang sesebuah syarikat itu perlukan. 

Sekiranya anda berjaya dalam sesi ini, anda berkemungkinan akan dipanggil untuk ke sesi interview peringkat seterusnya. Tapi, bagaimana anda ingin berjaya ke peringkat seterusnya?

Berikut kami kongsikan 5 rahsia untuk anda berjaya dalam sesi interview melalui panggilan telefon.

1. Berada di dalam bilik/ruang tertutup

5 Rahsia Untuk Berjaya Dalam Sesi ‘Interview’ Melalui Panggilan Telefon

Pastikan anda berada dalam bilik tertutup, agar tiada gangguan lain dan anda boleh fokus kepada panggilan telefon dengan penemuduga/bakal majikan.

Tukarkan mod telefon kepada mod senyap atau mana-mana peralatan elektronik yang mungkin akan menghasilkan bunyi semasa sesi temu duga.

2. Sediakan bahan rujukan berdekatan dengan anda

Letakkan resume, cover letter, dan senarai kemahiran atau apa-apa nota tambahan yang berpotensi untuk ditanya dan letakkannya berdekatan dengan anda agar anda dapat merujuknya sekiranya perlu.

3. Buat latihan

Anda boleh cuba untuk lakukan satu sesi latihan temu duga yang sama seperti temu duga sebenar dengan rakan anda.

Sekiranya anda tidak ada orang untuk melakukan latihan bersama-sama, anda boleh juga berlatih seorang diri di hadapan cermin dengan menggunakan soalan lazim yang sering dinyatakan oleh pihak penemuduga/majikan.

4. Perhatikan bahasa badan anda

Walaupun anda tidak boleh dilihat oleh penemuduga/bakal majikan anda, bahasa badan dan gelagat anda boleh dikesan melalui panggilan telefon. 

Jangan lupa untuk senyum semasa anda bercakap! Ia akan membantu anda terdengar lebih bertenaga dan positif oleh penemuduga/bakal majikan.

Jangan merokok, makan, atau mengunyah gula-gula getah semasa dalam sesi temu duga. 

5. Tunjukkan minat dan keterlibatan anda

5 Rahsia Untuk Berjaya Dalam Sesi ‘Interview’ Melalui Panggilan Telefon

Pastikan anda bertanyakan soalan kepada penemuduga/bakal majikan untuk menunjukkan anda benar-benar berminat untuk jawatan tersebut. 

Pastikan anda dengar dengan teliti apa yang penemuduga/bakal majikan cuba sampaikan dan jangan mula bercakap sehingga mereka selesai!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *