Daya tahan badan adalah keupayaan badan untuk melawan bakteria atau virus penyebab penyakit. Seseorang yang memiliki daya tahan badan yang lemah sangat mudah diserang penyakit.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips untuk menjaga daya tahan badan terutamanya pada musim hujan ini. Ia penting untuk mencegah daripada penyakit-penyakit yang tidak diingini.
1. Jaga pemakanan
Pemakanan yang seimbang penting dalam menjaga daya tahan badan. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan, serta banyakkan minum air. Selain itu, banyakkan juga makan makanan dan minuman yang mengandungi vitamin B, C dan D.
Anda juga disarankan untuk kurangkan pengambilan gula, garam, dan minyak secara berlebihan. Sebaliknya amalkan probiotik seperti yogurt, tauhu, tempe, atau fermentasi sayuran seperti acar untuk membantu menjaga kesihatan usus agar sistem pencernaan anda sentiasa lancar.
2. Rajinkan diri bersenam
Kajian membuktikan bahawa bersenam dapat memperbaiki mood. Selain itu, bersenam juga berperanan dalam meningkatkan imuniti dan daya tahan badan.
Cari masa terluang untuk bersenam secara agar badan anda sentiasa hangat di samping dapat melancarkan peredaran darah, dan tulang otot anda sentiasa terjaga.
3. Menjaga kualiti tidur
Tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting untuk menjaga tubuh badan agar tidak mudah diserang penyakit.
Menurut jurnal dari National Sleep Foundation, waktu tidur yang diperlukan setiap malam oleh orang dewasa yang sihat adalah sekurang-kurangnya tujuh jam. Manakala untuk bayi, kanak-kanak kecil dan remaja, mereka memerlukan tidur yang lebih lama untuk membolehkan pertumbuhan dan perkembangan badan.
4. Kawal stres/tekanan
Rutin harian seperti bekerja, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, berhadapan dengan orang-orang yang menjengkelkan pastinya membuatkan anda stres.
Disebabkan itu, pengurusan stres yang baik sangat penting agar anda tetap tenang menjalani rutin harian walaupun perlu melalui pelbagai rintangan.
5. Pastikan tubuh sentiasa hangat
Intensiti hujan yang tinggi secara tidak langsung akan menurunkan suhu udara. Jadi, pastikan anda membawa payung, baju hujan, atau baju ganti apabila anda akan keluar rumah.
Gunakan baju atau jaket yang tebal. Selain itu, anda boleh minum air panas untuk pastikan badan anda sentiasa dalam keadaan yang hangat.
Semoga perkongsian ini memberi panduan dan ilmu baru buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com