Kalau anda perasan, kebanyakan cerek elektrik yang dibuat dari bahan plastik mempunyai kecenderungan untuk berkarat atau bertukar warna menjadi lebih keruh walaupun ia telah kerap kali di basuh. Dan adakalanya, cerek yang diperbuat daripada besi keluli juga turut mengalami situasi yang sama.
Tahukah anda, apakah penyebab cerek elektrik anda berkarat atau berubah warna menjadi coklat dan keperangan apabila digunakan untuk satu tempoh yang lama?
Perubahan warna ini dikenali sebagai limescale yang berpunca daripada bahan yang terkandung di dalam air iaitu kalsium karbonat.
Untuk pengetahuan anda, limescale ini terbentuk apabila air mendidih. Sewaktu proses ini berlaku, kalsium dan magnesium akan terlarut bersama air, namun tidak untuk kalsium karbonat. Ia mempunyai sifat tidak larut yang mana kesannya, molekul berwarna coklat akan terbentuk daripada air yang merebak ke seluruh perkakas.
Tapi anda tidak perlu risau. Kuantiti kalsium karbonat yang sedikit tidak akan memberikan sebarang kesan kepada individu. Namun, penting untuk anda membersihkan kesan kotoran yang tertinggal di dalam cerek elektrik.
Ini kerana, apabila sebatian kalsium karbonat mula menebal di dalam cerek elektrik, ia boleh menyebabkan proses pemanasan dan pendidihan air menjadi kurang efisien. Akhirnya, ia akan menggunakan tenaga yang lebih tinggi untuk memanaskan air menggunakan cerek berkenaan.
Selain itu, penting untuk anda tahu bahawa kalsium karbonat yang wujud dalam bentuk pepejal adalah berbahaya. Sekiranya pepejal ini terkena pada bahagian mata, kulit dan sebagainya, ia boleh mengganggu saluran pernafasan dan menyebabkan kerengsaan.
Bacaan lain: Teknologi Masa Kini Yang Telah Lama Wujud
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com