Bahaya Petrol Sekiranya Dihidu Secara Berlebihan

Bahaya Petrol Sekiranya Dihidu Secara Berlebihan

Posted by

Bau petrol boleh menjadi sesuatu yang sangat menyenangkan bagi sesetengah individu. Tapi, tahukah anda bahawa sekiranya anda terdedah kepada bau petrol untuk tempoh yang lama tanpa sebarang pelindung keselamatan, ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah pada organ utama (vital)

Anda mungkin akan mengalami gejala seperti:

  1. kesukaran bernafas
  2. pening dan sakit kepala yang teruk
  3. sakit tekak 
  4. kegatalan atau keradangan kulit
  5. Penglihatan menjadi kabur
  6. muntah dengan atau tanpa darah
  7. keletihan yang melampau
  8. sawan atau kehilangan kesedaran
  9. najis berdarah

Walau bagaimanapun, gejala-gejala ini tidak selalu muncul apabila anda terdedah kepada bau petrol. Gejala yang muncul biasanya bergantung pada berapa banyak pendedahan kepada petrol yang dihirup ke dalam badan.

Sebab Petrol Berbahaya Dihidu Secara Berlebihan

Petrol adalah sangat berbahaya untuk kesihatan kerana ia dikategorikan sebagai bahan yang beracun. 

Petrol adalah bahan bakar utama yang digunakan untuk membuat kebanyakan enjin kenderaan berfungsi. Komponen hidrokarbon petrol menjadikannya beracun. Hidrokarbon adalah sejenis bahan organik yang terdiri daripada molekul hidrogen dan karbon. Selain hadir sebagai bahan bakar, ia juga hadir dalam beberapa perkara lain termasuk minyak motor, minyak tanah dan cat.

Salah satu risiko terbesar petrol adalah ia boleh menyebabkan keracunan karbon monoksida. 

Kesan Hidu Petrol Pada Kesihatan Sekiranya Dihidu Secara Berlebihan

Menghidu petrol secara berlebihan akan merosakkan bahagian dalam badan dan menyebabkan kerosakan kekal pada organ utama. Sekiranya seseorang menghidu sejumlah besar petrol, ia boleh menyebabkan kematian.

Apabila anda menghidu bau petrol, ia akan mengalir dari paru-paru ke aliran darah dan kemudian ke otak. Ia akan melambatkan aktiviti otak dan menekan sistem saraf sekaligus boleh menyebabkan anda berasa euforia, pening serta hilang deria rasa.

Bukan itu sahaja, keracunan karbon monoksida kini juga dilihat semakin membimbangkan terutamanya sejak peningkatan kes kematian akibat tidur di dalam kereta dalam keadaan enjin terbuka. 

Bahaya Petrol Sekiranya Dihidu Secara Berlebihan

Artikel berkaitan: KARBON MONOKSIDA, GAS BERTOKSIK YANG MEMBUNUH

Karbon monoksida tidak kelihatan dan tidak berbau, jadi anda mungkin menghidunya dalam jumlah yang besar tanpa menyedarinya. Ini boleh menyebabkan kerosakan otak kekal dan bahkan kematian.

Untuk jangka masa panjang, ia akan mengurangkan prestasi paru-paru anda. Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan akan meningkatkan risiko penyakit barah sekiranya anda kerap terdedah dengan diesel dan petrol.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda. 

Bacaan lain: Kereta Terbang: 5 Fakta yang Anda Perlu Tahu

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Medical News Today, Fox News

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *