Menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, seramai 29,000 graduan di negara ini belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian.
Jumlah ini adalah berdasarkan data rasmi sistem kajian pengesanan graduan yang dikeluarkan oleh kementerian.
Menurut Mohamed Khaled, jumlah graduan yang belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian pada 2021 adalah seramai 41,467 atau 14.5% daripada 286,299 graduan.
KPT sangat mengambil serius tentang keboleh pasaran graduan dan tidak dinafikan bahawa bilangan siswazah dalam negara meningkat setiap tahun.
Walau bagaimanapun, kadar pengangguran siswazah mengalami penurunan kepada 3.7% pada 2022 berbanding 4.1% pada 2021.
Tambah beliau lagi, pihaknya mengakui ramai graduan pasca siswazah yang belum mendapat pekerjaan.
Ini kerana mereka yang berkelulusan pasca siswazah di negara ini tidak banyak pusat atau institusi penyelidikan sama ada di peringkat kerajaan ataupun swasta yang menawarkan pekerjaan.
Bagaimanapun KPT sudah melaksanakan inisiatif secara berterusan bagi memastikan bakat dan kemahiran yang pelbagai dapat diberikan kepada siswazah di negara ini.
Artikel berkaitan: 6 Tips Jadikan Graduan Lebih ‘Marketable’
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Jelutong sebelum ini ada menggesa supaya KPT memeriksa kelulusan doktor falsafah (PhD) yang dikeluarkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM). Menurut Mohamed Khaled, kementerian tidak mempunyai kawalan terhadap tindakan, kenyataan atau kelakuan oleh pemegang PhD.
“Kalau pun ada seseorang yang mempunyai PhD itu, dia tak semestinya menjadi pakar atau sempurna dan mengetahui segala-galanya.
“Dia mungkin pakar bidang dia tapi yang lain-lain, dia mungkin tidak mendalam dalam perkara itu… Jadi atas sebab itulah, kita berhadapan dengan keadaan seperti yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat,” katanya.
Tambahnya lagi, selepas ini KPT akan lebih ketat dalam soal menentukan siapa yang boleh mengikuti program PhD dan sebagainya.
“Memang amat malanglah, lebih-lebih lagi ia berlaku sebagai mereka yang keluar daripada sebuah universiti ternama seperti USM,” katanya.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Sumber: Buletin TV3
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com