Gaji Pekerja Di Syarikat Malaysia Dijangka 5% Tahun 2024

Gaji Pekerja Di Syarikat Malaysia Dijangka Naik 5% Tahun 2024

Posted by

Menurut kaji selidik yang dibuat oleh firma perunding, pembrokeran dan penyelesaian terkemuka global, WTW, syarikat di Malaysia dijangka akan menaikkan gaji keseluruhan sebanyak lima peratus untuk kakitangan eksekutif, profesional dan sokongan tahun ini.

Menurut WTW, walaupun unjuran kenaikan tahun ini lebih rendah berbanding 5.6 peratus pada 2023, namun kenaikan gaji purata terus meningkat dengan stabil sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Lebih daripada 600 syarikat menyertai Kaji Selidik mengenai Jumlah Pampasan di Malaysia yang dijalankan pada Oktober 2023.

Artikel berkaitan: Pekerjaan Gig Yang Anda Tak Pernah Tahu & Tawarkan Gaji Lumayan!

Trend yang sama dilihat dalam pelbagai industri di negara ini tahun ini, bagaimanapun tekanan dan kebimbangan terhadap pasaran buruh dan inflasi terus menjadi faktor yang memberi kesan, kata WTW dalam satu kenyataan.

“Meskipun kadar inflasi semakin perlahan daripada paras tertinggi beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran pekerjaan di Malaysia sedang mengalami perubahan,” kata Ketua Bahagian Pekerja dan Ganjaran WTW bagi Asia Tenggara dan Malaysia, Tan Juan Jim.

Penambahan dan pengurangan secara sukarela mencapai paras tertinggi 18.5 peratus pada 2023 berbanding 16.5 peratus pada 2022 dan trend itu kelihatan akan berterusan pada 2024, katanya.

“Majikan di Malaysia akan terus menghadapi cabaran bakat (pekerja berkemahiran) yang ketara termasuk usaha menarik dan mengekalkan bakat penting.

“Mereka perlu mengimbangi keseluruhan pakej ganjaran, melibatkan kewangan dan bukan kewangan untuk kekal berdaya saing dan sejajar dengan keperluan dan kehendak pekerja,” tambah Tan.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Bernama

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *