Kuih tradisional Malaysia, karipap telah mendapat pengiktirafan serta penghargaan antarabangsa dengan berada di kedudukan ke-5 terbaik dalam 100 pastri/kuih terbaik dunia oleh TasteAtlas.
Artikel berkaitan: Roti Canai Ranked as the Best Bread Worldwide
Kuih yang sinonim dengan inti kentang, keledek, sardin itu berada di belakang beberapa lagi pastri dari Portugal dan Greece.
Lebih menarik lagi, kuih karipap ini terkenal dari Semenanjung sehingga ke kepulauan Borneo. Popularitinya bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan tetapi juga dalam kalangan warga asing.
Menurut TasteAtlas, hidangan yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia itu mendapat tempat teratas mengumpul sebanyak 4.6 daripada 5 bintang.
Selain itu, cara pembuatannya yang mudah dan juga intinya yang pelbagai perisa telah menjadikan ia terkenal di luar Malaysia terutamanya di Thailand dan juga Singapura.
Untuk pengetahuan, TasteAtlas adalah sebuah laman web yang menunjukkan makanan-makanan pilihan di seluruh dunia.
Dengan kedudukan tempat ke-5 diambil oleh karipap, sekali gus kuih tradisional Malaysia ini telah mengalahkan croissant dan juga kunafah yang juga merupakan antara pastri yang digemari oleh rakyat Malaysia.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Sumber: TasteAtlas
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com