3 Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Mahir Bidang Kesihatan Mata

3 Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Mahir Bidang Kesihatan Mata

Posted by

Bidang kesihatan mata adalah satu kerjaya yang jarang diminati dan diceburi oleh orang ramai kerana memerlukan kepakaran dan teknikal yang tinggi. Ia juga satu kerjaya yang memerlukan anda untuk berinteraksi dan saling mendukung bagi menyediakan perkhidmatan yang holistik.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan tiga kerjaya bagi anda yang mahir dalam bidang kesihatan mata.

1. Juruoptik (Optician)

3 Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Mahir Bidang Kesihatan Mata

Tugas utama Juruoptik atau Optician adalah sebagai pembantu untuk memilih jenis kanta atau bingkai cermin mata yang sesuai bergantung kepada saiz, bentuk, warna dan gaya seseorang.

Di Malaysia, hanya Juruoptik yang berdaftar sahaja dan lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Majlis Optik Malaysia (MOC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi keistimewaan untuk memberi perkhidmatan kanta lekap.

Setiap Juruoptik berdaftar perlu mempamerkan sijil keluaran MOC pada ruang premis mereka di bawah Akta Optik (1991) mengikut tiga kategori iaitu Sijil Pendaftaran Penuh, Sijil Praktis Tahunan dan Sijil Nama Bergambar.

2. Optometris (Optometrist)

3 Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Mahir Bidang Kesihatan Mata

Tugas utama Optometris adalah memeriksa mata dan mengesan masalah penglihatan bagi semua peringkat usia dari bayi dan juga orang dewasa.

Optometris juga akan mengesan masalah rabun mata dekat, jauh, juling dan penyakit mata lain seperti katarak, mata merah, glaukoma, retinopati diabetik dan lain-lain lagi.

Bukan itu sahaja, Optometris akan menentukan rawatan yang bersesuaian dengan kes sama ada penggunaan cermin mata, kanta lekap, kanta prisma, latihan mata atau terapi visual dan turut memberikan nasihat tentang jenis kanta dan cermin mata yang bersesuaian dengan jenis rabun atau masalah mata.

Bacaan lain: Optometris bukan sekadar ‘jurujual cermin mata’

3. Oftalmologis (Opthalmologist)

3 Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Mahir Bidang Kesihatan Mata

Oftalmologi adalah pakar mata yang juga merupakan pegawai perubatan khusus dalam bidang penyakit mata. Mereka akan menguruskan pesakit yang memerlukan rawatan mata yang melibatkan pembedahan.

Oftalmologi akan memberikan perkhidmatan penjagaan mata secara menyeluruh seperti menjalankan pemeriksaan mata, mengesan dan merawat penyakit mata dengan ubat-ubatan atau kaedah pembedahan mata.

Oftamologi beberapa sub kepakaran lanjutan lain antaranya Medical Retina, Vitreo Retina, Glaukoma, Kornea, Oculoplasty, Neuro Ophthalmology dan Ophthalmology Pediatric/Strabismus.

Semoga perkongsian ini memberi panduan dan ilmu baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *