Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Pada bulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa pada siang hari iaitu tidak makan dan minum dari terbit fajar hingga matahari terbenam.
Selain menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, di bulan Ramadan ini juga umat Islam juga digalakkan untuk mendekatkan diri kepada Allah, mendisiplinkan diri, mengawal diri, serta menzahirkan rasa syukur atas nikmat Allah.
Berikut kami kongsikan fakta ringkas tentang bulan Ramadan.
-
Ramadan adalah bulan ke-9 dalam kalender Islam.
-
Ramadan adalah bulan di mana ayat pertama Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW (Ayat 1-5, Surah Al-Alaq.)
-
Puasa di bulan Ramadan adalah salah satu daripada lima rukun Islam.
-
Umat Islam perlu menahan diri dari makan dan minum bermula dari matahari terbit sehingga terbenam matahari setiap hari.
-
Sesetengah umat Islam boleh dikecualikan daripada berpuasa, bergantung kepada keadaan mereka — Contoh: wanita hamil, wanita yang menyusukan anak, orang yang menghidap penyakit kronik, orang yang sedang dalam bermusafir, wanita yang sedang haid dan lain-lain sebab lagi. Mereka boleh ganti hari-hari yang mereka tidak berpuasa selepas bulan Ramadan.
-
Kanak-kanak yang belum baligh (cukup umur) tidak diwajibkan untuk berpuasa.
-
Sekiranya terlupa bahawa anda sedang berpuasa, dan anda secara tidak sengaja telah makan atau minum, maka ia tidak membatalkan puasa.
-
Anda boleh mengucapkan selamat menyambut Ramadan dengan mengucapkan ‘Ramadan Mubarak’ yang diterjemahkan kepada Salam Ramadan.
-
Penghujung Ramadan akan disambut dengan Hari Raya Aidilfitri. Umat Islam juga akan membayar zakat (bersedekah), agar orang kurang berkemampuan (miskin) juga boleh menyambut Hari Raya.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
Artikel berkaitan: Do’s and Don’ts at the Workplace during Ramadhan
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com