Memetik satu catatan Facebook daripada Humans of Kuala Lumpur, seorang wanita yang juga warganegara Malaysia yang bekerja dan menetap di Singapura telah berkongsi perspektifnya berkenaan kos sara hidup di Singapura berbanding dengan tanah airnya.
Dalam catatan Facebooknya itu menceritakan kembali bagaimana dirinya berhijrah ke Singapura demi mengejar pendidikan tinggi pada tahun 2013. Pengalamannya itu secara tidak langsung telah memberikan pandangan yang menarik tentang ekonomi di antara kedua-dua negara.
Dirinya yang tidak ingin dikenali memulakan perjalanan ke Singapura untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda dan seterusnya menetap di sana selepas berkahwin dengan penduduk tempatan.
Wanita berkenaan yang memegang status pemastautin tetap (PR) menyatakan bahawa gabungan pendapatan isi rumah bersama suaminya berjumlah S$6,000 (kira-kira RM21,000).
Sepanjang menetap di Singapura, dia terkejut apabila mengetahui bahawa kos sara hidup di Singapura sebenarnya lebih rendah berbanding Malaysia, tetapi menyatakan bahawa ia mesti dianggap dolar-ke-dolar, ringgit-ke-ringgit, tanpa penukaran.
Semuanya terletak pada kuasa membeli apabila menilai kemampuan kemudahan gaya hidup.
Setelah membuat perbandingan, dia menjelaskan bagaimana gaji S$2,000 di Singapura membolehkan dirinya membeli jenama mewah seperti Coach atau Braun Buffel tanpa perlu menukar nilai mata wang. Ia adalah satu pencapaian yang tidak boleh dicapai dengan gaji bersamaan RM2,000 di Malaysia, di mana barangan mewah harganya terlalu tinggi.
Bukan itu sahaja, dia juga turut menyatakan bahawa simpanan besar dia dan suaminya setiap bulan adalah berjumlah S$500 (kira-kira RM1,700), selepas mengambil kira perbelanjaan isi rumah.
Lebihan pendapatan ini memberikan mereka peluang untuk menikmati makan di luar, membeli-belah dan percutian mewah.
Lebih menarik lagi, dirinya turut mendedahkan faedah yang diberikan oleh kerajaan Singapura, terutamanya geran besar adalah berjumlah S$90,000 (kira-kira RM316,000) yang diberikan kepada pembeli rumah kali pertama.
Bantuan kewangan ini, ditambah dengan skim gadai janji, telah meringankan beban pemilikan rumah, dengan dirinya mendedahkan perbelanjaan tunai bulanan hanya S$276 (RM971.80) untuk flat HDB mereka.
Dalam catatan Facebooknya turut menyatakan bil air dan elektrik mereka disubsidi setiap tiga bulan sebagai inisiatif COVID-19. Dirinya juga menyatakan bahawa dia dan suami tidak mempunyai kereta kerana mereka tidak memerlukannya sebaliknya hanya menggunakan pengangkutan awam yang berupaya untuk menghantar mereka dari Titik A ke Titik B dengan masalah yang minimum.
Menurutnya lagi, makanan di Singapura adalah berpatutan, kerana mereka mendapat Baucar CDC (Majlis Pembangunan Masyarakat) sebanyak SGD 150 untuk makanan di kedai makan tempatan dan SGD 150 di pasar raya tempatan setiap tahun untuk beberapa tahun pemulihan COVID-19 ini.
Kesimpulannya, perkongsian di laman Facebook wanita berkenaan telah ini mendedahkan perspektif yang berbeza tentang kos sara hidup antara Malaysia dan Singapura, di mana infrastruktur ekonomi, sokongan kerajaan, dan kuasa membeli telah banyak membantu dalam memastikan kesejahteraan hidup mereka di sana.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com