Fakta Menarik Hari Ibu Yang Anda Mungkin Tak Tahu!

Fakta Menarik Hari Ibu Yang Anda Mungkin Tak Tahu!

Posted by

Bulan Mei adalah bulan yang sinonim dengan Hari Ibu yang disambut sebagai penghormatan kepada wanita yang telah mengorbankan segala-galanya demi kebahagiaan anak-anak mereka.

Hari Ibu disambut pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia dan pada tahun ini, sambutan Hari Ibu adalah pada 12 Mei 2024. 

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan tujuh fakta menarik tentang Hari Ibu yang anda mungkin tidak cakna.

Artikel berkaitan: Ini Fakta Menarik Tentang Hari Wanita Sedunia!

1. Hari Ibu bermula sejak perang saudara

 

Fakta Menarik Hari Ibu Yang Anda Mungkin Tak Tahu!
Ann Reeves

Ann Reeves adalah pencetus Kelab Kerja Hari Ibu, yang mengumpulkan ibu-ibu untuk bersuara tentang isu-isu semasa kepada masyarakat. Semasa berkhidmat dengan kelab ini, Ann Reeves mencadangkan untuk merayakan Hari Ibu dan mengisytiharkan cuti umum sempena perayaan Hari Ibu di Amerika Syarikat.

2. Pengasas Hari Ibu bukan seorang ibu

Fakta Menarik Hari Ibu Yang Anda Mungkin Tak Tahu!
Anna Marie Jarvis

Menurut sejarah, pengasas Hari Ibu iaitu Anna Marie Jarvis (anak kepada Ann Reeves), dari West Virginia dikatakan tidak mempunyai zuriat. Beliau sering berjuang untuk isu-isu berkaitan golongan ibu.

3. Hari Ibu pertama kali disambut pada 10 Mei 1908

Tiga tahun selepas kematian Ann Reeves, Anna Marie mengadakan majlis untuk menghormati ibunya dan semua ibu dari seluruh dunia. 10 Mei 1908 adalah tarikh sempena ulang tahun kematian ibu Anna Marie.

4. Tarikh Sambutan Hari Ibu ditukar

Presiden Amerika Syarikat ke-28, Woodrow Wilson memutuskan bahawa sambutan Hari Ibu seharusnya jatuh pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun, tanpa mengambil kira tarikhnya.

5. Sambutan Hari Ibu tersebar di seluruh dunia berkat usaha Anna Marie

Menurut sumber, Anna Marie telah menulis kepada ahli politik dan ahli perniagaan dari serata dunia untuk menggalakkan pengiktirafan cuti umum sempena Hari Ibu. Berkat usahanya itu, Hari Ibu kemudian disambut di Afrika, Amerika Selatan, dan Asia.

6. Pengasas Hari Ibu menentang komersialisasi sambutan Hari Ibu

Menurut Anna Marie, dia tidak menyukai komersialisasi sambutan Hari Ibu, termasuk kad ucapan dan industri bunga, yang menghilangkan makna sebenar sambutan ini. 

Menurut buku Malcolm Forbes yang berjudul “Women Who Made a Difference”, Anna Marie menyatakan: “Kad yang dicetak tidak membawa sebarang makna kecuali jika anda terlalu malas untuk menulis kepada wanita yang telah merawat anda sejak anda dilahirkan.”

7. Carian Google untuk jambangan bunga sempena Hari Ibu adalah lebih tinggi berbanding Hari Valentine

Menurut Pusat Penyelidikan Pew, carian Google dari Januari 2010 hingga Mei 2014 untuk jambangan bunga sempena Hari Ibu adalah lebih tinggi daripada Hari Valentine.

Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *