Pernahkah anda berhadapan dengan majikan yang sikapnya suka micromanage? Apa itu micromanage?
Micromanage merujuk kepada sifat seorang ketua yang terlibat dalam semua aspek kerja yang dilakukan oleh ‘ahli bawahannya’ dari awal hingga akhir. Individu yang mempunyai ciri ini dikenali sebagai micromanager.
Antara ciri yang terdapat pada seorang micromanager termasuk:
- Tidak ingin membahagikan tugas
- Terlalu melibatkan diri dalam tugasan yang diberikan
- Mengambil keputusan secara sendiri dan tidak meminta pandangan dari orang lain
- Sentiasa inginkan pekerja bawahan kemas kini status tugasan
- Terlalu mementingkan kesalahan kecil berbanding kesalahan yang lebih besar
- Ramai pekerja bawahan berhenti atau bertukar ganti
- Menetapkan deadline yang tidak munasabah
- Tidak boleh menerima kritikan atau pendapat orang lain
- Berasa bahawa hasil kerja sendiri lebih baik berbanding orang lain
- Mengambil alih tugas orang lain tanpa menyatakan alasan kukuh
- Bercakap mengenai kerja walaupun bukan waktu pejabat
- Kerap mengadakan mesyuarat
- Tidak mempunyai keyakinan terhadap orang lain
- Terlalu inginkan kesempurnaan walaupun kerja yang simple
Seorang micromanager boleh memberi kesan yang mendalam terhadap mental seseorang. Faktor utama yang mungkin menyebabkan tingkah laku micromanage seperti ini termasuk kurang keyakinan terhadap kemahiran dan kebolehan orang lain, atau rasa tidak yakin terhadap diri sendiri.
Situasi ini juga boleh berlaku apabila seorang micromanager kekurangan pengalaman dalam pengurusan, yang menyebabkan keinginan untuk mengawal dan menguasai sepenuhnya. Pendek kata, micromanager mungkin inginkan prestasi yang terbaik tetapi kurang yakin dengan kemampuan diri untuk mencapai kecemerlangan itu.
Ciri-ciri seorang micromanager boleh menyebabkan tekanan kepada pekerja bawahan dan memberi kesan negatif secara keseluruhan, termasuk:
- Produktiviti kerja menurun
- Burnout
- Orang bawahan hilang hormat dan kepercayaan
- Merosakkan keharmonian sebagai satu pasukan
- Mengehadkan perkembangan dan menyekat kreativiti
- Mencetuskan masalah toksik dalam kalangan pasukan
Bagaimana cara untuk menghadapi seorang micromanager?
1. Tetapkan objektif kerja yang realistik
Objektif, matlamat, dan deadline adalah aspek utama yang menjadi pendorong dalam menjalankan sesuatu tugasan. Apabila elemen-elemen ini ditetapkan secara realistik, ia akan memudahkan semua pihak untuk mencapainya.
2. Berbincang dan amalkan komunikasi terbuka
Apabila bekerja dalam satu kumpulan, penting untuk mengamalkan komunikasi terbuka, tanpa mengira sama ada anda seorang ketua atau tidak. Jika terdapat sebarang masalah, bincang bersama dan cari penyelesaian yang terbaik secara profesional.
3. Ambil pendekatan macromanage
Terapkan gaya pengurusan macromanage yang menekankan pada kesamaan dan kerjasama dalam mencapai matlamat. Apabila semua orang dalam kumpulan bergerak seiring dengan tujuan yang sama, tugasan dapat diselesaikan dengan lebih cepat.
4. Terima kekurangan dan cuba jadi yang lebih baik
Setiap individu, sama ada sebagai majikan atau pekerja bawahan, perlu mengakui bahawa kelemahan pasti ada dalam setiap situasi. Langkah seterusnya selepas pengakuan ini adalah untuk berusaha memperbaiki diri demi kesejahteraan mental semua orang.
5. Tunjukkan prestasi kerja yang memuaskan untuk mendapat kepercayaan
Prestasi kerja adalah penilaian penting dalam bidang pekerjaan dan merupakan elemen penting yang digunakan untuk mendapatkan kepercayaan, tidak kira sama ada anda memegang jawatan ketua atau bukan. Menjaga prestasi kerja yang konsisten merupakan langkah terbaik untuk mendapatkan kepercayaan.
Justeru, sebagai majikan, penting untuk mempercayai pekerja dan memberi mereka kebebasan dalam menjalankan tugasan yang diberikan.
Selain itu, sebagai pekerja, penting untuk membalas kepercayaan tersebut dengan memberikan usaha terbaik dalam menjalankan tugas yang diberikan. Ini kerana, sikap micromanage sering timbul daripada pekerja yang tidak berkompeten.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda yang memerlukannya.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!