Jenis-Jenis Stres Yang Anda Perlu Tahu

Jenis-Jenis Stres Yang Anda Perlu Tahu

Posted by

Stres ataupun tekanan berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti tekanan kerja, masalah kewangan, masalah rumah tangga, masalah perhubungan dan sebagainya. 

Stres seringkali juga dikaitkan dengan pembunuh senyap yang dipandang mudah oleh sesetengah pihak.

Definisi stres

Stres adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan harian manusia.

Stres merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya.

Jenis-jenis stres

Stres boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu: stres akut, stres episodik, dan stres kronik. Setiap stres mempunyai ciri, gejala, tempoh, dan pendekatan rawatannya sendiri.

1. Stres akut

Stres akut terjadi apabila berlakunya halangan, ancaman, atau sesuatu yang tidak diduga. Jenis stres ini berjangka pendek dan boleh berlaku beberapa kali dalam sehari.

Contohnya adalah ketika anda berselisih faham dengan pasangan, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, atau sebagainya.

Gejala stres akut akan menyebabkan denyutan jantung meningkat, bernafas dengan cepat, berpeluh, sakit kepala, dan kadar gula darah naik. Semua gejala stres akut muncul dengan cepat dan singkat.

Stres akan akan melatih tubuh anda untuk membentuk respons terhadap situasi pemicu stres di kemudian hari. Setelah melewati fasa ini, sistem tubuh akan kembali normal.

Namun, stres akut boleh menjadi bahaya apabila keadaannya mengancam jiwa. Keadaan ini boleh menyebabkan gangguan stres pasca-trauma (PTSD) dan penyakit mental yang lain.

2. Stres episodik

Jenis stres ini biasanya terjadi bila anda kerap mengalami episod stres akut. Mereka yang mengalami stres episodik selalunya berasa seperti kehidupan mereka huru-hara dan penuh drama.

Berikut adalah beberapa tekanan biasa untuk stres episodik:

Beban kerja: Terlalu banyak kerja dan deadlines yang boleh menyebabkan stres episodik.

Menggalas banyak tanggungjawab: Sekiranya anda menggalas banyak tanggungjawab seperti menjadi ibu bapa, pelajar dan pekerja, anda mungkin mengalami stres episodik.

Stres disebabkan kewangan: Mempunyai masalah kewangan dan ketidakstabilan ekonomi sering termasuk dalam kategori ini.

Sekiranya anda mendapati diri anda berhadapan dengan stres episodik, masukkan mindfulness exercise ke dalam rutin harian anda. Apabila anda tahu bahawa anda akan mempunyai beberapa saat untuk bertenang setiap hari, ia boleh membantu minda yang sibuk atau otak yang tertekan untuk mengetahui anda akan bertenang tidak lama lagi.

3. Stres kronik

Stres kronik adalah jenis stres yang paling bahaya. Stres kronik adalah stres jangka panjang yang terasa seperti tidak berkesudahan seperti stres terjebak dalam masalah perkahwinan yang toksik atau pekerjaan yang sangat mencabar. Berikut adalah beberapa situasi yang boleh menyebabkan stres kronik:

Stres kronis adalah sangat penat dan melelahkan. Sesetengah akan mengalami perubahan seperti perubahan nafsu makan, kesukaran untuk tidur, sakit perut, sakit kepala, dan sukar untuk fokus

Sekiranya tidak ditangani dalam jangka panjang, stres kronis akan menyebabkan depresi, insomnia, hipertensi, penyakit jantung, dan diabetes.

Penyebab jenis stres ini adalah berbeza-beza seperti masalah ekonomi, persekitaran kerja yang toksik, pernikahan yang tidak harmoni, atau hubungan keluarga yang tidak bahagia.

Di samping itu, seseorang yang pernah mengalami trauma psikologis pada zaman kanak-kanak juga berisiko lebih tinggi untuk mengalami stres jenis ini.

Kesimpulannya, pengalaman dan cerita setiap orang terhadap stres adalah berbeza-beza. Apa yang menyebabkan stres bagi seseorang mungkin tidak menyebabkan stres bagi orang lain. Apa yang paling penting adalah kenal pasti apa yang menyebabkan stres untuk anda, supaya anda boleh kawal dan ubatinya dengan berkesan.

Bacaan lain: Bahaya Stres Terhadap Kesihatan Mental Dan Fizikal

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *