Ketahui Jenis-Jenis ‘Dark Circle’ Dan Penyebabnya

Ketahui Jenis-Jenis ‘Dark Circle’ Dan Penyebabnya

Posted by

Faktor terjadinya dark circle atau lingkaran bawah mata adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Ini secara tidak langsung menjadikannya sukar untuk menentukan punca sebenar wujudnya dark circle.

Untuk pengetahuan, antara faktor terjadinya dark circle adalah disebabkan oleh:

  • genetik
  • peningkatan umur
  • anemia
  • alahan
  • pendedahan kulit mata kepada cahaya matahari
  • dehidrasi
  • keletihan mata

Cahaya biru daripada peranti pintar sering dikaitkan dengan keletihan mata. Bukan itu sahaja, cahaya biru ini turut dikatakan boleh menyebabkan kulit kering yang boleh menyebabkan kedutan di sekeliling mata.  

Selain itu, kualiti tidur yang tidak konsisten seperti terlebih atau terkurang tidur boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan pucat. Akibatnya, saluran darah dan tisu gelap di bawah kulit anda akan menjadi lebih jelas. 

Terdapat tiga jenis dark circle yang boleh dialami oleh individu:

1. Lingkaran gelap dan kebiruan boleh berlaku disebabkan oleh peredaran darah yang lemah

Untuk pengetahuan, kadar aliran darah adalah 30% lebih tinggi di bahagian bawah mata jika dibandingkan di kawasan muka yang lain. 

Oleh itu, apabila bawah mata anda mengalami kekurangan oksigen di dalam darah yang beredar di kawasan ini, lingkaran gelap akan menjadi lebih jelas, terutamanya kerana kulit bawah mata lebih nipis berbanding bahagian badan yang lain.

2. Lingkaran hitam kecoklatan disebabkan oleh hiperpigmentasi

Lingkaran hitam kecoklatan boleh berlaku hasil daripada keradangan. Ini mungkin disebabkan oleh kerosakan geseran semasa memakai alat solek atau semasa pembersihan dan penjagaan kulit.

Jadinya, elakkan daripada menggosok terlalu kuat di kawasan bawah mata kerana ia boleh menyebabkan kerosakkan kulit di kawasan sekitar. Ini kerana kulit di kawasan sekitar mata adalah lebih halus dan boleh membawa kepada hiperpigmentasi periorbital.

3. Lingkaran mata berwarna coklat gelap atau hitam disebabkan oleh kulit kendur

Jenis dark circle yang ketiga adalah lingkaran gelap yang berlaku disebabkan garis halus dan kulit kendur. Walaupun keadaan ini sering berlaku apabila individu meningkat usia, namun perkara masih perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi bagi individu yang sedang dalam usia 20-an dan 30-an.

Perubahan gaya hidup yang lebih positif perlu dilakukan. Sebagai contoh, anda boleh mengelakkan melakukan aktiviti yang boleh menjurus kepada keadaan mata yang tegang seperti penggunaan alat elektronik yang berlebihan. Anda juga boleh menggunakan krim mata untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.

Bacaan lain: 3 Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Mahir Bidang Kesihatan Mata

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *