Malaysia Duduki Tangga Ke-10 Negara Paling Aman Di Dunia

Malaysia Duduki Tangga Ke-10 Negara Paling Aman Di Dunia

Posted by

Menurut laporan Indeks Keamanan Global 2024 edisi ke-18, Malaysia diiktiraf sebagai salah sebuah negara teratas paling aman di dunia.

Malaysia memperoleh skor markah sebanyak 1,427 mata sekaligus meletakkan negara kita di tangga ke-10 paling aman di dunia.

Malah kedudukan itu lebih baik selepas naik 2 anak tangga dari tahun sebelumnya. Malah di rantau Asia Pasifik, Malaysia di tangga ke-3 mengatasi negara jiran yang lain seperti Indonesia dan Thailand.

Artikel berkaitan: Pasport Malaysia Duduki Tangga Ke-12 Paling Berkuasa Di Dunia

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa dalam tempoh 17 tahun sebelum ini, keadaan dunia telah menjadi semakin tidak stabil, dengan peningkatan yang ketara dalam ketidakstabilan politik, jumlah konflik, kematian akibat konflik, dan demonstrasi ganas.

Tiga aspek utama telah diambil kira dalam mengukur tahap keamanan global: keselamatan dan sekuriti, konflik yang berterusan, dan tahap militarisasi.

Secara keseluruhan, walaupun kita sering mendengar laporan tentang jenayah dan ketidakstabilan politik di Malaysia, sebenarnya Malaysia terus menunjukkan kemajuan yang positif dan kekal aman serta makmur dalam kepelbagaian kaum.

Ini adalah hasil daripada usaha berterusan oleh pihak berkuasa, komuniti, dan rakyat Malaysia yang berdedikasi dalam menjaga keamanan negara.

Dalam konteks global, Malaysia menjadi contoh bagaimana sebuah negara dapat menyeimbangkan pembangunan dan keamanan di samping memelihara kepelbagaian kaum.

Walaupun terdapat pelbagai cabaran, kita telah membuktikan bahawa dengan kepimpinan yang baik dan masyarakat yang bersatu, keamanan dapat dicapai dan dipertahankan.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *