Menurut Banci Ekonomi 2023, Kuala Lumpur menawarkan purata gaji tertinggi berbanding negeri lain iaitu RM4,196 sekaligus menjadikannya destinasi utama bagi individu bekerja yang mencari ganjaran kewangan yang lebih baik
Bacaan lain: Syarikat Ini Tawar Gaji Serendah RM1,750 Untuk Jawatan Junior Pemasaran Digital, Tapi Job Scope Macam 6 Orang Pekerja
Selangor berada di tempat kedua dengan RM3,563, diikuti oleh Pulau Pinang dengan RM3,496.
Ini disusuli oleh Labuan (RM3,491), Melaka (RM3,115), Sarawak (RM3,077), Negeri Sembilan (RM3,025) dan Putrajaya (RM2,994).
Berikutnya Johor dengan RM2,987, Terengganu (RM2 ,793), Kedah (RM2,721), Perak (RM2,679), Pahang (RM2,628), Sabah (RM2,381), Perlis (RM2,253) dan Kelantan yang paling rendah (RM2,070)
Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, selaku Ketua Perangkawan menerangkan bahawa gaji tinggi di Kuala Lumpur adalah hasil daripada sektor perkhidmatan yang pesat berkembang.
Antara sektor yang menawarkan gaji purata tertinggi di Kuala Lumpur adalah:
- Telekomunikasi: RM9,457
- Program dan Penyiaran: RM8,629
- Perantara Kewangan: RM6,946
Selangor juga memperlihatkan gaji yang tinggi, terutamanya dalam sektor:
- Telekomunikasi: RM7,580
- Maklumat dan Pengaturcaraan Komputer: RM7,186 dan RM7,112
Manakala Pulau Pinang menonjol dalam sektor pembuatan, khususnya dalam Pembuatan Produk Elektrik, Elektronik, dan Optik dengan gaji RM4,790
Banci tersebut turut menekankan pertumbuhan tenaga kerja:
- Jumlah pekerja: Meningkat sebanyak 1.8%, mencapai 10 juta pada tahun 2022
- Sektor perkhidmatan: Meningkat sebanyak 2.8%, dengan jumlah pekerja seramai 5.8 juta
- Sektor pembuatan: Meningkat sebanyak 1.5%, dengan 2.3 juta pekerja
Menariknya, sektor pertanian, pembinaan, dan perlombongan & pengkuarian menyaksikan penurunan dalam jumlah pekerja.
Selain itu, jumlah keseluruhan gaji dan upah meningkat sebanyak 5.4% setiap tahun, sehingga mencapai RM354.9 bilion pada tahun 2022:
- Sektor perkhidmatan: Meningkat sebanyak 6.5% kepada RM204.4 bilion
- Sektor pembuatan: Naik sebanyak 5.8% kepada RM97.2 bilion
Purata gaji di semua sektor meningkat kepada RM3,332 pada tahun 2022, berbanding RM2,584 pada tahun 2015.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!