Pekerja Kerajaan Paling Ramai Alami Obesiti 

Pekerja Kerajaan Paling Ramai Alami Obesiti 

Posted by

Memetik laporan Sinar Harian, baru-baru ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mendedahkan bahawa separuh daripada penjawat awam di Putrajaya menghadapi masalah obesiti. 

Menurut beliau, penting untuk penjawat awam ini terbabit dalam aktiviti sihat termasuk program larian sebagai permulaan menggalakkan mereka (hidup sihat). 

Beliau menyatakan perkara ini ketika bercakap kepada pemberita di acara larian sempena program Hari Bebas Kereta.

Menurutnya lagi, program larian ini akan diperluaskan untuk melibatkan setiap kementerian dan agensi di seluruh negara.

Dengan separuh daripada penjawat awam di Putrajaya mengalami obesiti, langkah penting perlu diambil untuk mengatasi krisis kesihatan ini.

Artikel lain: Kerja Kerajaan VS Kerja Swasta: Yang Mana Satu Jadi Pilihan?

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *