Ini Sebab Kenapa Coklat & Kopi Gemar Dijadikan Pilihan Untuk Mood Yang Lebih Baik

Ini Sebab Kenapa Coklat & Kopi Gemar Dijadikan Pilihan Untuk Mood Yang Lebih Baik

Posted by

Coklat dan kopi seolah-olah saling melengkapi antara satu sama lain disebabkan oleh beberapa faktor berikut:

Coklat memiliki rasa dan tekstur lembut yang menjadi ‘comfort food’ sesetengah orang. Coklat, terutamanya coklat gelap mengandungi bahan kimia yang dipanggil theobromine dan flavonoid. Kedua-dua bahan ini bukan sahaja baik untuk kesihatan jantung malah membantu meningkatkan mood yang lebih baik.

Coklat juga mengandungi sejenis asid amino yang dipanggil triptofan, yang membantu tubuh menghasilkan serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa tenang dan bahagia.

Coklat juga sering dikaitkan dengan kegembiraan dan keselesaan. Mungkin disebabkan itu, ramai orang cenderung menjadikannya sebagai hadiah istimewa untuk yang tersayang. Ia merupakan simbol kecil kebahagiaan yang dapat dikongsi.

Kopi pula seringkali menjadi minuman pagi atau minuman ritual yang membawa rasa tenang dan semangat kepada si peminum. Salah satu sebab kopi memberikan mood yang lebih baik adalah disebabkan kandungan kafeinnya. 

Kafein adalah bahan yang berupaya untuk merangsang sistem saraf pusat dan memberikan tenaga segera sekaligus mengurangkan rasa letih. Kafein juga membantu melepaskan dopamin, sejenis hormon gembira yang mencetuskan rasa puas dan motivasi.

Kopi kini sudah menjadi seperti minuman wajib dalam kehidupan zaman sekarang dengan pelbagai variasinya seperti espresso, latte, cold brew dan sebagainya yang menjadi kegemaran ramai. Ia bukan sahaja membantu untuk kekal cergas tetapi memberi kebahagiaan kepada si penggemar kopi.

Coklat & Kopi Gabungan Terbaik Untuk Hari Yang Lebih Tenang Dan Positif

Gabungan coklat dan kopi sering dijadikan kombinasi terbaik untuk memberikan rasa bahagia yang berganda. Sebagai contoh minuman mocha atau pencuci mulut seperti tiramisu, kedua-duanya saling melengkapi dalam meningkatkan mood, membuatkan hati lebih tenang dan sekaligus membantu mengatasi cabaran seharian dengan lebih tenang dan positif. 

Oleh itu, sekiranya anda perlukan ‘mood booster’, mungkin apa yang anda perlukan hanyalah sepotong coklat gelap atau secawan kopi. Tidak kira apa jua cara anda menikmatinya, coklat dan kopi pastinya teman setia yang boleh membawa senyuman pada wajah anda.

Bacaa lain: 9 Rahsia Jadikan Kopi Anda Lebih Sihat

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *