Alice Chang yang sebelum ini telah dipecat beberapa kali dalam bidang industri makanan di Kuala Lumpur sekali lagi telah mencuri perhatian warganet apabila dia telah mendapat kerja baru dalam bidang yang lain iaitu di sebuah kedai menjual pakaian tradisional India.
Artikel berkaitan: Pekerja Auntie Anne’s Dipecat Selepas Tular Isu Cium Doh
Perkara ini dibuktikan apabila tular video dia mengenakan sari sambil mempromosikan kedai tersebut yang terletak di Brickfields, Kuala Lumpur.
Video berkenaan telah mencetuskan pelbagai persoalan daripada warganet tentang bagaimana dia berjaya mendapatkan pekerjaan baru dengan begitu mudah, meskipun pernah melalui pengalaman kerja yang kurang baik sebelum ini.
Walau bagaimanapun, Alice dilaporkan telah berhenti kerja secara sukarela dari kedai pakaian tersebut dengan alasan gaji yang diterima tidak setimpal dengan keperluan kewangannya tambahan pula popularitinya yang semakin meningkat di media sosial.
“Hi Sathia, saya ingin minta maaf, selepas membuat pertimbangan dengan teliti, saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan kerja di kedai anda.
“Ibu saya memberitahu bahawa gaji saya tidak memenuhi keperluan saya, memandangkan populariti saya yang semakin meningkat di media sosial,” katanya di sebuah tangkap layar WhatsApp yang tular.
Bukan itu sahaja, dia juga berkata bahawa dia mahu mengejar peluang yang lebih besar dalam erti kata lain mendapat tawaran kerja yang lebih lumayan dari mereka yang memerlukan perkhidmatannya.
Pada masa yang sama, Alice juga meminta agar kedai pakaian tradisional itu membayar gajinya sebanyak RM80 selepas gadis itu bekerja hanya untuk satu hari.
Dalam pada itu, Alice juga telah memuat naik beberapa gambar dirinya sedang memakai pakaian tradisional di kedai berkenaan.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!