ByteDance, Syarikat Induk TikTok Didakwa Pecat Intern Gara-Gara Mensabotaj Projek AI? 

ByteDance, Syarikat Induk TikTok Didakwa Pecat Intern Gara-Gara Mensabotaj Projek AI? 

Posted by

Memetik laporan Yahoo News, ByteDance China, syarikat induk kepada platform media sosial TikTok baru-baru ini mengumumkan pemecatan seorang intern yang didakwa “mengganggu dengan niat jahat” latihan salah satu model kecerdasan buatan (AI) mereka.

Namun, ByteDance menolak dakwaan bahawa tindakan intern tersebut menyebabkan kerosakan besar dan menyatakan bahawa laporan yang tersebar di media sosial keterlaluan dan sama sekali tidak tepat.

ByteDance menjelaskan bahawa individu yang terlibat bekerja dalam pasukan teknologi iklan dan tidak mempunyai pengalaman dengan Makmal AI syarikat.

Terdapat dakwaan bahawa kejadian ini telah mengakibatkan kerugian melebihi $10 juta (RM47 juta) kerana ia mengganggu sistem latihan AI yang melibatkan ribuan unit pemprosesan grafik (GPU) berprestasi tinggi.

Walau bagaimanapun, ByteDance menafikan angka tersebut dan menegaskan bahawa kerosakan yang dilaporkan adalah tidak benar dan hanya bertujuan untuk dibesar-besarkan.

Pemecatan intern yang berlaku pada bulan Ogos itu turut diketahui universiti tempat intern itu belajar serta badan industri yang berkaitan.

Antara aplikasi popular yang diterajui syarikat ByteDance ialah TikTok dan versi Chinanya, Douyin adalah antara syarikat terkemuka dalam pembangunan algoritma.

Syarikat ini juga telah banyak melabur dalam AI, yang digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti chatbot Doubao dan alat teks-ke-video yang dipanggil Jimeng.

Walaupun perkara ini telah mendapat perhatian besar di media sosial, ByteDance menegaskan bahawa operasi AI dan teknologi mereka tetap stabil dan tidak terjejas.

Untuk rekod, pada awal bulan ini, ByteDance yang juga pemilik TikTok telah membuang 700 pekerja di Malaysia.

Artikel berkaitan: Syarikat Media Sosial Gergasi Didakwa Buang Lebih 700 Orang Pekerja Gara-Gara AI?

Menurut sumber, keputusan yang disahkan oleh syarikat dilakukan untuk memberi laluan kepada peralihan strategik TikTok ke arah meningkatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Menurut jurucakap syarikat, mereka membuat perubahan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mengukuhkan lagi model operasi global kami untuk menyederhanakan kandungan. 

700 pekerja yang dibuang terdiri daripada kakitangan moderator kandungan dengan pihak syarikat mahu beralih arah ke pendekatan dengan menggunakan sistem automatik untuk menyemak setiap kandungan yang dimuat naik oleh pengguna.

Pekerja dimaklumkan mengenai pemberhentian mereka melalui e-mel sehingga menimbulkan kebimbangan dan persoalan mengenai keselamatan pekerjaan dalam industri.

Walaupun TikTok mengesahkan tentang pemberhentian tersebut, namun pihak syarikat mengelak daripada mendedahkan jumlah tepat pekerja yang terjejas.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *