Graduan Lepasan Diploma Idamkan Gaji RM5,000, Cetus Pelbagai Reaksi Warganet

Graduan Lepasan Diploma Idamkan Gaji RM5,000, Cetus Pelbagai Reaksi Warganet

Posted by

Sebuah video di aplikasi TikTok telah tular dan menjadi tumpuan warganet apabila sekumpulan pelajar lepasan degree dan dan diploma yang baru selesai majlis graduasi telah ditemu bual berkenaan anggaran tawaran gaji yang dirasakan sesuai apabila masuk ke alam pekerjaan kelak.

“Berapa anggaran gaji yang awak rasakan sesuai selepas konvokesyen ini?” soal seorang individu kepada sejumlah graduan terpilih.

@umpsamalaysia

“Selepas konvokesyen, apakah jangkaan gaji graduan UMPSA? Mari kita bincangkan cabaran dan peluang yang ada! Bagaimana pendapat anda tentang nilai sebenar kelayakan kita di pasaran kerja? #GraduanUMPSA #GajiGraduan #Kerjaya #konvoUMPSA #KonvokesyenUMPSA

? Positive background music such as play and games(1251730) – earbrojp

Dalam video tersebut, rata-rata pelajar menjangkakan tawaran gaji yang bakal diterima bermula sekitar RM2,500 sehingga RM4,000.

Namun, terdapat respons sebahagian daripada mereka yang menjadi perhatian warganet apabila mendakwa mereka layak menerima gaji permulaan setinggi RM5,000 sehingga RM6,000 dengan alasan kelayakan pelajaran yang tinggi serta skil dan pengalaman yang mereka miliki.

Artikel berkaitan: Syarikat Ini Tawar Gaji Serendah RM1,750 Untuk Jawatan Junior Pemasaran Digital, Tapi Job Scope Macam 6 Orang Pekerja 

Tinjauan penulis di ruangan komen video tersebut mendapati rata-rata warganet terkejut dengan ekspektasi gaji yang mereka inginkan dan ada juga yang memberi pesanan kepada mereka untuk berpijak di bumi yang nyata kerana terlalu banyak persaingan dan keadaan ekonomi yang kian mencabar.

Sebahagian warganet turut mendedahkan pada ketika ini ramai graduan lepasan Master sekalipun belum tentu boleh mendapatkan gaji sebanyak itu biarpun lebih mahir secara mendalam untuk sesuatu perkara.

Malah, ramai menjangkakan majoriti daripada mereka mungkin akan menerima sekitar RM2,500 sebagai gaji permulaan di sesebuah syarikat memandangkan tiada pengalaman yang relevan di dalam bidang pekerjaan.

“Fgrad nak basic 3k-4k ? pandai buat keje tak?”

“Tersedak akak dik oii fresh grad diploma RM5000 ekkk. Hahaha takpe tak salah berangan “
“Lepasan diploma mintak rm5000 gilezzz “
“Masih mimpi dak2 ni. tolong kejut dye org guys hahahha.”
“Ijazah pun basic 1500..nnti msuk dunia pekerjaan bleh tahu”

“Yg nk 5k tu sedar diri x? nk dpt 3k utk fresh graduate pon sesak..”

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *