KFC Lapor Jualan Di Seluruh Dunia Jatuh, Terjejas Oleh Persaingan Harga & Permintaan Yang Perlahan

KFC Lapor Jualan Di Seluruh Dunia Jatuh, Terjejas Oleh Persaingan Harga & Permintaan Yang Perlahan

Posted by

Yum Brands kini melaporkan jualan Kentucky Fried Chicken (KFC) di peringkat global mengalami penurunan ketara, dengan mencatatkan penurunan jualan selama tiga suku berturut-turut, merosot sebanyak 5%. Keadaan ini disebabkan oleh permintaan yang lebih perlahan di beberapa pasaran antarabangsa serta persaingan harga dalam industri makanan segera.

Seperti yang diketahui umum, selain McDonald’s dan jenama makanan segera lain, KFC juga menghadapi masalah penurunan permintaan akibat konflik di Timur Tengah. Menurut Reuters, kesan ini bukan sahaja dirasai di Malaysia, tetapi turut memberi impak kepada pasaran antarabangsa seperti Indonesia dan Asia Barat.

Artikel berkaitan: Jualan Global McDonald’s Kini Mengalami Penurunan Mendadak

Untuk mengatasi masalah ini, Yum sedang melaksanakan strategi penawaran harga dan diskaun yang lebih berkesan untuk merangsang semula permintaan bagi jenama makanan segera di bawah penguasaannya. Setakat ini, hanya Taco Bell yang menunjukkan peningkatan jualan pada suku ketiga bagi rangkaian antarabangsa.

Berfokuskan kepada pasaran tempatan pula, operasi KFC di Malaysia, di bawah QSR telah memperlihatkan pengecilan operasi buat sementara waktu sejak April 2024 lalu. Langkah ini diambil sebagai respon terhadap tekanan kos, di samping menyeimbangkan keuntungan bagi jangka pendek. Susulan tindakan itu, dianggarkan ketika ini terdapat lebih 500 cawangan KFC tersedia di pasaran negara berikutan penutupan 100 cawangan melalui langkah tersebut.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *